Posts Tagged ‘makan’

Jalan-jalan Dundee


2008
05.15

Video Log terbaru. Lambat edit sebab kena study sebab jalan-jalan kat Dundee hari tu dah kurang study, so kena cover balik. Nih tadi dah jumpa supervisor, so next week plak jumpa, hari ni bleh la rileks-rileks sedikit.

A must see video for flower lover. Some don’t love flowers, they love money – so materialistic!

Soundtrack of this vids:
Maroon 5 – Makes Me Wonder, Jyve V- Solo A Tu Lado Quiero Vivir, Chris Richardson – Don’t Get Around Much Anymore

Ayam halal Newcastle


2008
05.02

Video log lagi. Rajin plak aku mengedit-edit movie nih. Tapi punya la penat memasak lepas balik dari Newcastle makan ramai-ramai ngan Kak Nur, Amirul, Abg Wan dan Arham (Indonesian), pastu aku take 1 hour plus untuk mengedit video, tidur pas subuh (Subuh kul 2.40 lebih kurang), aku terjaga pagi tadi, dah pukul 1.18 petang. Terkejut sikit, terus bergegas pergi Jumaat. Nasib baik dekat Ustinov jugak (Ustinov = college yang aku duduk sekarang nih).

So, here’s the vids.

P.S: Mahadi diwajibkan tengok.


Senyum


2008
04.24

Hari ni sangat lancar.
Bangun pagi sakit tekak sikit. Aku dah mula berbolak balik samaada nak pergi jumpa supervisor untuk perjumpaan mingguan. Atau rehat kat bilik. Tapi disebabkan aku tahu yang aku tak patut layan sangat rasa malas ini, aku pun keluar gak.

I like my supervisor. Kalau dibandingkan dengan supervisor waktu Master dulu, dia sangat friendly dan juga takder high expectation ke atas aku. So, kira okey la. Walaupun dia punya pelat Greek (dia orang Greek) agak kuat, tapi disebabkan dulu waktu kat Brunel, banyak dah bercampur dengan orang-orang Eropah, so takde la janggal sangat.

Abis jumpa dia, aku terus amik bas ke pekan Durham, shopping barang yang patut beli semalam. Pusing bandingkan harga sabun basuh (the winner is Tesco sebab ada Persil), pisang (the winner is Waitrose sebab 81p perkg), bawang (the winner is Waitrose juga sebab bawang kat Tesco dan Iceland sangat besar), Danish bread (juga Waitrose yang paling murah, walaupun lebih mahal dari Tesco kat London). Dah jumpa fixatives (spray yang orang boh kat atas lukisan/karya seni lepas dah abis lukis supaya tak tanggal). Aku beli untuk spray atas DS supaya tandatangan Simple Plan atas DS aku tak tanggal. Jumpa jugak kaler rambut temporary yang bleh buang dengan air. Beli atas dasar curiousity. Conformla aku tak pakai kat sini dengan orang Malaysia yang bukan main ramai lagi. Tak pasal jer kena, ‘wah, datang UK jadi camni laa?’.

Balik-balik Durham, Kak Nur ajak keluar pekan lagi, sekali ngan Amirul. Alaa Kak Nur, baru jer balik dari pekan.

Tapi yang bestnya bila dalam kul 8.30 waktu perut aku dah mula mintak makanan, tetiba Kak Nur cakap yang sorang Malaysian jemput makan kat tempat dia. Ini sudah cukup bagus.

So, nih baru balik dari makan la nih. Tadi jumpa Putri, budak law Master kat sini under UiTM dan jugak Hairi, Malaysian Muslim Chinese. Okey laa. Dah bertambah kenalan Malaysia kat sini. Tapi kenalan UK tak bertambah. Takleh jadi nih.

Makan dengan Malaysian

Anyway, budak debat Durham dah balas email aku. Aku antar tanya fasal debate society. Saja nak join-join. Sekali dia cakap, semua pelajar (baca: bukan undergrad sahaja ek) boleh join, dan kalo bagus boleh masuk pertandingan.

Wah, ini sudah bagus. Walaupun English aku ntah ke mana, sembang fasal DH/AI/TAR/UB aku tau la, tapi kira okey laa. But I don’t wanna expect too much out of it. Lain budaya, mana la tahu, ye tak?

[Gambar: Makan dekat dapur Putri. Putar ikut arah jam dari baju merah: Hairi, Kak Nur, Amirul dan Putri]

Negativity


2008
04.22

Sorry for such negativity. Agak letih semalam. Hari ni plak tak berapa sedap badan. Tak demam, cuma tekak rasa tak sedap, dan lidah macam burning. Mungkin sebab minum air coklat panas kat stesen keretapi Durham semalam. Cuaca sangat sejuk, air agak panas, jadi macam dalam cerita Fantastic Four yang diorang bekukan orang jahat tu dan kemudian bakar dia. Eh, ke diorang bakar dia pastu simbah dengan air? Entah.

Bilik aku semakin sempit. Barang-barang dari dalam beg masih lagi belum dikeluarkan. Mana taknya, sejak sampai sini, asal weekend jer aku takde kat bilik. Tak amik masa untuk kemas-kemas lagi. But for people who knows me, I’m not used to tidy up my room anyway.

Memula cadangnya nak gi school hari ni. Tapi sedar-sedar jer dah pukul 11. Aku rasa lepas last time aku turn off alarm, waktu tu baru kul 9. Cepat sangat masa 2 jam tu berlalu.

Semalam dah beli barang-barang makanan untuk stok 2-3 hari ke seminggu. Seperti kebiasaannya, aku akan tulis menu harian supaya aku tahu nak makan apa hari ini. Biasanya tulis kat atas kertas jer. Tapi this time, I share it to the so-called world.

Hari Sarapan Tengah hari Malam To Do list
Selasa Cereal Ayam Bakar, salad Roti telur*^
Rabu Cereal Fillet ikan & Garlic bread Maggi goreng* Beli bawang, serbuk pencuci, kertas A4
Khamis Cereal Roti ngan kebab Udang masak pedas**^ Basuh baju
*Makanan berasaskan telur perlu sebab telur tu dah nak expired

** Udang beli ngan Mahadi hari tu tak abis lagi

^Penggunaan tomato sebab beli tomato semalamKuning: Makanan jenis
senang disediakan, dan tak perlu basuh pinggan banyak-banyak

Hijau: Makanan jenis
bakar dala oven/microwave dan tinggal. Tahap kesukaran sederhana.

Merah: Makanan yang
agak ‘renyah’. Kena potong bawang, kena tunggu depan dapur. Past
baru boleh makan [sigh]