60.5

Baru timbang kat Tesco tadi. 60.5 kg. Yeay! Alhamdulillah.

Bukan main susah lagi nak tambah berat badan, balik Malaysia, lepas sebulan, dah naik sekilo :D

Sebenarnya itu hari, ada gak time aku dalam 60kg lebih. Tapi time-time nak submit tesis, makan terus jadi kelam kelibut, kurang sampai 59 atau 58kg lebih.

7.21pm sekarang ni. Jagpi nak pergi airport, amik Mahadi. Mujur jugak dah suruh Mahadi forwardkan tentative flight dia. Sebab dia cakap pukul 5, aku check-check, pukul 5 lebih tu sampai Kuala Lumpur. Pukul 8 baru sampai Penang. Takyah kalut apa lah memandangkan airport pun tak jauh dari sini.

 


Snow White

Oh, Mahadi sampai Malaysia esok. Aku? Baru tanya minggu lepas pada internal examiner, dia cakap dia dah bincang dengan external nak buat viva dalam sela masa mid July – August.

Aiyo, bulan posa la pulak. Aku harap lewat sikit. Kalau kena time raya pun aku tak kisah.

Anyway…

Spent weekend kat rumah kak aku untuk melatih diorang. Dan tadaa…..

Poster siap semalam.

 


Duduk dan Royan

Kenapa perlu rasa tertekan, duduk dan royan?

Bangunlah dan menari-nari seperti ini…

*Saja tunjuk sikit hasil mengajar diorang berlatih tadi. Banyak lagi part nak kena improve dan part last tu kena ganti lagi nih. Ni baru lepas praktis satu jam lebih ja nih.

** Oleh kerana latihan muzikal bersambung malam ni (diorang nak datang ramai-ramai kat rumah kak aku, dan takde masa even untuk duduk dan meroyan, jadi mengelat bubuh video ini.. Keke


Hipokrasi Perkauman

[Ini tajuk yang serius sikit,so bear with me]

Sudah lama jugalah aku tinggalkan Malaysia, dan seperti yang pernah aku cakap dulu-dulu, satu pengalaman juga untuk berada di sebuah negara yang mana aku ini dari bangsa majoriti yakni Melayu/bumiputera kepada sebuah negara yang mana aku ini minoriti yakni Asian/Other Asian/Muslim. Yang slash slash tu sebab di UK, kalau dalam borang, akan ada list untuk isi ruangan bangsa. Biasanya ada Oriental Asian (merujuk pada Jepun, Chinese), South Asian (Pakistani, Indian) dan kemudian other Asian. So, tu sebab bubuh other Asian.

Anyway…

Aku teringat pula sekali Dr Asri pernah bagi kuliah di Durham. Dia bercakap fasal respon bila orang-orang barat ni buat kartun tentang Nabi Muhammad. Ya lah, even dekat Malaysia pun, dengar juga betapa orang marah. Well, as a Muslim, I think it’s normal for me to be sensitive. Well, not just that matter, sometimes I did feel like I was being defensive in other issues but this post is not about that. Dr Asri mentioned, yang memang dah jadi budaya orang barat ni, tambahan lagi sebab diorang memang takde agama, so mempersendakan orang yang believe in God ni jadi kebiasaan – either critisizing Islam or even Christian itself.

My point is… memanglah dekat barat, diorang senang-senang buat lawak dah kurang sensitif sebab itu dah jadi budaya diorang. Tapi, bila kita yang kena, yang subjek yang dilawakkan itu pada kita, tanya sendirilah rasa macam mana. Paling koman pun, geram. Kalau lebih lagi, pakat-pakat buat kempen boikot barang Denmark dan sebagainya.

Rasa kan marah itu? Yes.

Tapi bila balik sini, aku yang mungkin dan lama jadi minoriti kadang-kadang tersentap, orang-orang kita Melayu ni, dalam komedi tempatan biasa saja buat lawak bodoh fasal bangsa lain. Taknak mention lawak apa yang aku tengok hari tu, tapi aku terfikir, orang-orang kita gelak, kalau orang bangsa itu yang dibuat lawak itu, turut gelak sama kah?

Mungkinlah aku ni dah lama sangat tinggal Malaysia sampai over sensitif. Tapi, sama saja bila orang Denmark mempersendakan Rasulullah, ada orang kita yang biasa saja, ada yang marah. Mungkinlah tak ada yang gelak sama.

Jadi dalam kes, kita buat lawak bodoh tentang orang Cina dan India, mungkin ada yang biasa saja, tapi tentu ada yang sensitif dan marah.

Kalau kita pernah berada di tempat kita rasa tidak suka bila orang mempersendakan agama kita, kenapa kita tidak jadi orang yang sensitif bila kita mahu mempersendakan bangsa orang lain? Hipokrasi? Kita marah bila orang calit tahi pada kita, tapi esok-esok kita calit pula tahi pada orang lain.

 


Sesat Dalam Cahaya

I jarang sesat-sesat ni. Sebabnya I selalu buat plan yang baik sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Al maklumlah, I kan avid traveler, selalu berbag packing ke negara-negara Eropah. Jadi, I selalunya akan print kedudukan tempat yang I nak pergi, dan pastikan lokasi stesen Metro ada kat dalam tu. Barulah I ada landmark untuk dijadikan rujukan. Al maklumlah, lokasi bandar-bandar Eropah ni, banyak dijaringkan dengan Metro.

Lepas tu pula sampai zaman smartphone kan? Lagi lah mudah. I akan download application maps untuk dijadikan rujukan. So, just perlukan alamat dan talian internet jer. Pernah sekali tu I pergi Jerman, so nak roaming data kan mahal. Waktu tu I guna android phone, bukan iPhone puteh as seen on latest video clip. Latest pun tak latest la, panas-panas kat Malaysia ni, I jadi malas nak buat video, tambahan pula internet rumah I slow sangat. Oh, fasal android phone tu kan, dekat Appstore, eh bukan appstore dipanggilnya kat android. Apa tuh? Android Market yek? Dulu I ada jumpa satu apps maps, yang memang boleh download peta sesebuah negara tu.

Jadi senang lah kalau nak guna map, sebab GPS masih lagi guna. Jadi bagi I, sesat itu bukan lagi masalah tau. Itu lah kan, dengan teknologi canggih merata alam sekarang ni, senang nak pergi mana-mana. Takyah dah bawak Tomtom…. oh, itu I kat sana panggil Tomtom lah, sini panggil apa yek? GPS Navigation?

Anyway… dengan smartphone nih mudah, tak yah tomtom dah pun, yang besar bagak, guna ja kat telefon. Kalau rasa mata tak jelas, boleh jer nak guna apa tuh? Oh, tabs. Senang nak ke mana-mana. Even sister I pun cakap, hari tu, dia jalan-jalan pantai timur, dia boleh pilih jalan-jalan yang scenic sebab dah boleh tengok jalan dalam peta.

Mana ada lagi sesat…

Apa?

Ya la kan, you suruh cakap fasal sesat dalam cahaya kan? Guna ja apps apps yang ada ni, ada cahaya ke, takde cahaya ke, beres, boleh tahu ke mana nak dituju.

Eh…

Apa?

Ya lah, sesat dalam cahaya lah.

Ah?

Oh… you maksudkan kesesatan rohaniah ke? Bukan amik maksud literal ek?

Oh.. kalau macam tu sesat dalam cahaya tu… er….

[lalu lutut menghentak bumi, tapak tangan menjadi pasak dari badan terus rebah ke tanah, air mata mula bercucuran]

I…

I……


Babak No 4

Ala-ala meniru Halim dengan meletakkan cepisan karya ke dalam blog. Ini babak ke empat dari  9 babak Snow White and Bujang Lapuk : The Musical yang baru siap tulis pagi tadi.

4

[The royal servants are putting make up on her]

Narrator: The queen does not care about the people. All that she cares is her beauty.

[She gives a sign and the servants leave the room. The mirror appears]

Narrator: And again, she goes and asks the magic mirror, wanting to feel the satisfaction being acknowledged that she has it all. Beauty and power.

Queen: Mirror, mirror on the wall. Who’s the fairest of them all??

Mirror: You are, my queen.

Queen: Ha ha ha ha. I’m the fairest of them all. I’m the most beautiful on this land!

Mirror: Hold on my queen. You are the fairest, but you are no longer the most beautiful on this land.

Queen: What???

Mirror: You are not the most beautiful. Snow White is…

Queen: Snow White? Snow White, my stepdaughter???

Mirror: Yes, my queen.

Queen: But.. but… she’s not that fair. I’m fairer than her. How can this be??

Mirror: She is the most beautiful, and one day, people on this land will see that they can be beautiful even if they have darker skin.

Queen: Noooo!!!!! Nooo!!! Nooo!!!! Fair skin is beautiful. Fair is lovely! Fair & Lovely [Cry] Noo!!!! No one should think that dark is beautiful. No one [Cry again].

Huntsman!!!!!!

[Huntsman comes in]

Huntsman: Your highness, I’m here to serve you.

Queen: I want you to…. Go and kill Snow White!

Huntsman: Yes, Your Highness.

Simple ja kan? Hehe. Tadi aku pun pi Sekolah Labu Besar, train bebudak Pumpkin Crew untuk this musical theater. Oleh kerana ni first time ever aku train orang untuk drama muzikal, so aku pun sedikit excited jugak lah.  Bebudak ni pun semua bukan bebudak teater, just bebudak Form 6 yang aku pilih itu hari untuk program sekolah yang lain. Ni saja buat untuk isi masa lapang aku juga hopefully dapat improve English diorang.

Dok mengajar diorang bagi pronounce sedap sikit. Nanti bolehlah bantu time MUET. Baru tadi bersemangat nak buat choreography untuk closing song, tapi tetiba rasa ngantuk pulak. Baru pukul 11.25 malam. Motip?

 


Sebulan

 

Lagu latar: Labrinth – Earthquake

Dah segenap sebulan balik ke Malaysia. Alhamdulillah, takde demam ke apa. Cuma jerawat ja bertumbuh. Ini jerawat, mungkin kerana banyak makan makanan berminyak juga ditambah dengan cuaca kat sini yang high humidity. Bukan jerawat gatal. Well, motip la kan jerawat gatal hanya bertumbuhan di Malaysia saja kan? Kat UK dulu tak tumbuh pun? Takkan balik Malaysia mencanak-canak kegatalan kan?

Anyway..

Sedih sebenarnya nak blah dari UK hari tu. Tapi once kat Malaysia, cepat jugak aku adapt. Bagus jugak aku start kerja awal kat USM nih, jadi banyak sangat aktiviti menarik yang boleh dibuat. Sampaikan takde masa nak penuhi segala tuntutan sosial. Nih, esok, aku nak pergi sekolah kak aku. Bebudak 18 orang yang terpilih dari interview Pumpkin Crew hari tu, aku nak train untuk muzikal. Well.. sebenarnya bukanlah official activity pun. Just extra curricular ja. Sebabnya aku ni takde lah macam Halim, masuk dan arah teater ini dan itu. So, aku mula small scale sahaja, iaitu nak train bebudak nih supaya nanti boleh present time hari Ko-K.

Skrip tak habis lagi pun, padahal esok nak train. Nih, tengah dok run eksperimen pulak. Takpelah, ada malam ini untuk habiskan skrip. Tajuk muzikal ini ialah Snow White & Bujang Lapok. Ala-ala fusion gituh. Cerita merapulah. We’ll see.

Anyway, untuk yang tidak tahu, entri lepas tu ialah entri berjemaah bersama Naz, Halim dan Kak Dijah. Pi lah check blog diorang jugak :)

Oh, tak dapat lagi tarikh viva. Jom doa aku tak kena time bulan posa. Tahun ni 18 – 19 jam lagi posa kat UK, taknak pergi time tu..