Archive for the ‘Study’ Category

Checklist


2009
06.10

Here is my checklist for what I have to do at the mo

Red: high priority
Blue : after the others

Academic

- implement new algorithm for k-neighbourhood
- test on the different models
- presentation slide for conference in Cardiff
- writing Section 2 and 3 for the bootstrap paper

Personal Project

- Edit video for English version of ‘Situasi’
- Rerecord ‘Situasi’
- Record Song 1 (unrevealed so that people won’t keep asking)
- Upload MP3 on the net
- Edit Amazing Race Cardiff
- Record Song 2 (also unrevealed, Song 1 and Song 2, the lyrics are both ready)

Others

- Learn the driving theory for test on 11th

1 in a million


2009
06.09

1 juta 3D points, kurang dari satu minit (bagi 100 koordinat terhampir). Impressive. Bersembang dengan Mahadi hari itu tentang hal ini.

Algoritma aku sekarang ni memakan masa dalam 20 minit untuk run. Lambatnya kerana proses mencari titik-titik terhampir tuh memakan masa.

Ceritanya begini. Bagi setiap titik-titik, aku kena cari beberapa titik terhampir untuk tujuan analisis. Macam dalam gambar belah kiri. Sekarang ni, program yang aku guna tu guna brute-force. Maksudnya, bagi satu titik tu, dia cari jarak dengan kesemua titik-titik lain. Pastu tengok yang mana jarak paling dekat, jadilah titik-titik terhampir. Bayangkan kalau ada 20 ribu titik-titik, maka kena ulang 20 ribu kalilah (Yang mana dinamakan quadratic in time, supervisor aku point out. Aku blur jer awal-awal).kdtreeDisebabkan pengkhususan aku bukanlah nak buat benda nih (yang nih dalam Data Structure punya bidang), jadi aku cari-carilah program dalam internet. Aku dah pernah terjumpa journal berkenaan cari titik-titik terhampir nih (nearest neighbourhood). Ada satu paper nih sampai 49 mukasurat bercakap fasal nak cari titik terhampir (E Chavez et al.- Searching in Metric Spaces)

Belek-belek paper tersebut dan paper-paper lain a.k.a membuka-buka helaian sambil mengaku study tapi tengah menunggu fail cerita abis didownload (tak gitu Cik Armidala? Or in your case mendengar lagu-lagu Korea), aku dapatlah idea yang cara nak cepat cari titik-titik hampiran nih dengan membahagikan dulu ruang set kepada beberapa bahagian (seperti gambar belah kanan). Nama dia kd-tree. Jadi proses perbandingan tuh cepatlah sikit.

Maka, the hunting process begin. Sementara menunggu subuh kat Cardiff itu hari (ala-ala rajin, tapi sebenarnya kena buat sebab dok berseronok survey location di siang harinya), sempatlah terjumpa algoritma yang sorang mamat nih buat.

Nih baru lepas cuba-cuba. Less than a minute. Untuk satu juta titik. Best-best.

P.S: Sudah pukul 4 pagi di sini. Bulan penuh malam ini. Tiba-tiba terasa jiwang.

P.S 2: Okey apa sekali sekala cakap fasal study. Sejak kebelakangan ini, banyak sangat komen-komen di blog daripada orang-orang yang mendengar video-video aku di YouTube. Tiba-tiba terasa macam buat major music and mass communication di sini.

3 months


2008
07.13

[Soundtrack of the day: Jordin Sparks - Shy Boy, I was randomly listening to her album, and eh, this techno song is kinda cool, so here it goes]

Dua tiga hari kebelakangan ni, aku bertegur sapa dengan kenalan-kenalan di Malaysia yang aku jarang-jarang bersembang. Shila dan Kimi cerita fasal diorang punya updates dan tarikh konvo. Aku ingat bulan nih, tapi lepas aku telefon Pidin, baru aku tau yang bulan depan rupanya.

Pastu Ain (x-SMKCFB), Ira (anak murid kakak aku, bekas budak SMK Labu Besar) dan Mahfuzah (debat-USM) tanya-tanya khabar. Tak sempat nak jawab kat Ira sebab connection problem, Mahfuzah plak sebab aku dah tido waktu tuh. Ain tanya fasal PhD.

pondokbas1

So here’s the story for them:-

Dah 3 bulan dah kat UK, semuanya baik-baik belaka. Walaupun namanya musim panas, tapi cuaca kadangkala sejuk.

Hari ni Mahadi (x-SMK Merbok, MSc Physics kat Dundee,Scotland) sampai kat Durham nih, untuk sama-sama turun ke UK menjemput parents aku yang InsyaAllah sampai pada Isnin, jam 9 malam waktu UK.

Pastu konvo hari Rabu kat Brunel University, dekat pinggir London.

Life here is good.

But PhD is kinda scary.

Satu benda yang tak berapa best fasal PhD ialah aku tak tau kat mana aku skarang (takde silibus macam undergrad). Sama ada laju, biasa atau slow. Sure tak laju, tapi harap-harap tak slow. Cukup atau tidak, tu antara benda yang aku tanya pada diri sendiri. Yang okey PhD ni sebab kita boleh ikut kelajuan sendiri pada peringkat awal-awal nih. Tapi sooner or later, kena pick up pace gak. At least supervisor aku banyak membimbing, so okey la.

So ma parents gonna be here for 8 weeks. Balik bulan September. Whoa. Agak lama jugak tu. Aku bagitau kat kakak aku, ‘I ‘am’ nervous, it is like all of the responsibilities is under me, and they are gonna be in UK.’

My sis was laughing, taunting me with, ‘haha, rasakan!’

My write up

New thingy on the right bar. It is called ‘My write up’ box. Recently I’ve been using my blog quite frequently to track back my life – such as, when I moved in to new house when Amirul (my housemate) asked me or referring to my YM session with Kak Ina (Dundee) about how to make sambal; so I want to remind myself of how many write up had I done.

I went to a seminar about ‘Effective Writing of Thesis’, and the coordinator taught me of writing up lil by lil. So, that had been amount of what I had write so far. Hopefully it will motivate me to write up more:)

Pelan Minggu Ini


2008
06.13

Baru jer lepas jumpa supervisor aku selama sejam setengah. Semalam dah sejam dah. Anyway, tetiba kata-kata hikmat terlintas di fikiran aku – ‘Failing to plan is planning to fail’. I don’t really like this kind of ‘kata-kata hikmat’. It is cheesy. But anyway, I put my plan for the following week just to remind myself.

SABTU

  • Gi Newcastle – Beli stok makanan + tengok Indiana Jones dengan Hairi, Kak Nur, Putri, Yasmin etc (suma bebudak Durham)
  • Baca paper Multi Level Partition of Unity Implicits – Yutaka Ohtake et al.

AHAD

  • Tulis one page summary fasal bias-variance decomposition: hasil programming sepanjang 2 bulan nih.
  • Baca 2 paper secara very brief dari ‘Eurographics UK’ Journal

ISNIN

  • Pilih dan baca 1 paper secara in-detail dari ‘Eurographics UK’ Journal
  • Programming MATLAB: Tambah noise dalam arah normal

SELASA

  • Tengok Chapter 7 dan 8 dari The Elements of Statistical Learningh, Trevor Hastie.
  • Baca Principal Component Analysis

RABU

  • Wrap-up
  • Cuba cari Bilateral Mesh Denoising, Dual Mesh Resampling (Taubin)
  • Baca mana-mana jurnal lagi

Uh, hopefully I’ll be able to do it. Insya Allah.

Wednesday


2008
05.15

Soundtrack hari ini: David Cook – Always Be My Baby (American Idol Studio Version, cover of Mariah Carey song. Not into Mariah, but David sung it very nice)

Wednesday (yesterday) was a busy day. Perjumpaan mingguan aku pada setiap hari Khamis, maka hari Rabu ialah hari untuk aku all out supaya aku bleh bawak something untuk ditunjukkan pada supervisor aku. He gave me some credits last week for the work I done, I don’t think it will be the same this week.

Minggu ni aku banyak habiskan masa untuk deal dengan C++.

[Perbincangan dengan istilah bahasa pengaturcaraan bermula]:
C++ nih bahasa pengaturcaraan yang dah lama develop. Masalahnya, berdasarkan pemerhatian aku, apabila bahasa ini nak dikembangkan supaya boleh menyokong benda benda baru macam string, compiler dah mula buat kerja masing-masing. Sesetengah compiler macam JFE menyokong string dalam C++ hanya dengan include string.h pada awalan. Tapi Turbo C++ tak sokong pula. Kelemahan JFE pulak ialah ia akan hang bila menggunakan terlalu banyak memori.

Disebabkan dahulu memori ni sikit, tak macam sekarang, maka compiler menyekat daripada menggunakan banyak ruang memori. Yang peningnya, aku tak tau nak amik compiler apa. Turbo C++ Explorer, yang dikeluarkan pada 2006 dah mula mempunyai komponen-komponen yang berlebihan dan menyokong visual editing. Bak kata Mahadi, ‘tarik-tarik je’.

[Perbincangan dengan istilah bahasa pengaturcaraan tamat]:

Last-last aku bertukar kepada MATLAB. Tu la kan, kalo tolong orang, Allah balas balik. In this case, agak cash la. Kawan Abg Tra nih tanya soalan fasal Maths. So, aku try la tengok-tengokkan.

Pastu dia bagi MATLAB code. Aku baca-baca baru la aku nampak dari code dia benda yang aku tak tau guna, tapi sangat berguna untuk aku punya kerja. So, tadi duk merangkak la belajar.

Updates:
Sakit gigi aku datang dan pergi.
Bibir semakin kering, esok kena gi cari lip balm.
Other than that, aku agak sihat. Yang pentingnya sihat kepala otak dan emosi. So, okey jer;)

seagullPenting nih kena tulis sini. Sebab pagi tadi Nasuha (Master Bio USM) tanya, ‘apa citer’. Aku balas dengan ‘pagihari.solarstreak.com’. Abg Tra nak jual kamera lama dia kat aku (hasil dari baca blog aku yg kamera aku problem). Yer Abg Tra, kamera itu masih baru, tak sampai setahun lagi, tapi lama berbanding kamera baru Abg Tra. Pastu Kak Khalidah pun cakap, ‘hang nak pergi jumpa dr lagi seminggu kan? So … (diisi dengan kata-kata nasihat)’. Pun sebab baca blog. Uhh, mudahnya kehidupan. Tak perlu cakap/taip panjang2. Sekali harung sudah cukup… Haha

[Gambar: Seagull atas bumbung. Mahadi amik waktu kat Dundee itu hari. Memang banyak Seagull kat Dundee. Subuh-subuh, takde ayam berkokok, tapi Seagull yang menguak-nguak. Seagull menguak ke? Berkicauan macam tak kena jer..]

How can you mend this broken heart?


2008
05.03

2 songs about broken heart. One is quite popular by Bee Gees – How Can You Mend A Broken Heart. Surely I don’t listen to this song. I kinda like the version by American Idol contestant (Carrie Underwood Season) – Mario Vasquez. Here is the video clip if you are too free of time to watch it:-

Lagi satu lagu dari Jimmy Ruffin. Who the hell is he? Ntah, Wikipedia helped. Tapi lagu ni dicover oleh Westlife. Sekali lagi, kalau korang sangat tidak busy, boleh la dengar. Lagu ni lama dah Westlife cover. Waktu zaman My Love, I lay my love on you.

But this post actually about the broken hearted. Not mine. But one that I manage to make it broken.

Tugasan aku minggu lepas. Amik satu model.

hati11

Tambah noise, dan kemudian bagi dia elok balik. Minggu lepas dah okey, tapi result macam tak brapa betul. Tapi baru kejap tadi aku buat sedikit perubahan. And here is what I get:-

hati3

What becomes of the broken hearted? And how can I mend a broken heart?

Seems like I could break a heart easier than to heal it. And yes, I meant for the model above. But Kak Khalid I bet you see the irony of this aren’t ya? Yeah, keep laughing!