Archive for the ‘Out of Durham’ Category

Backpacking Day 2


2009
09.03

Video baru!

I’m so vain.. innit?

So now you know

- I’m so vain (referring to the ‘Ok tak?’). Bulan posa nih try to be moderate. InsyaAllah.
- tolehan penuh kesantunan Mahadi dalam video klip Berlarilah itu adalah hasil paksaan ;D
- we were actually in a terrible condition (tengok part awal-awal) but then thanks to the camera, our still picture look nice (selepas gambar-gambar yang buruk dikelas kelas, and yeah, being untagged from Facebook. Keke)
- kat Luxembourg sempat makan sedap. Tapi tak amik gambar sebab terlampau lapar.

Heartbroken


2009
07.19

Prolog: Kakiku dihayun perlahan. Setapak demi setapak di jalan menuju ke Buckingham Palace. Terasa seperti gantung tidak bertali. Kehilangan itu pedih. Senyumanku sekadar berpura-pura.

Baru balik dari London. We had a one-day trip. Bertolak kul 1 pagi dari Newcastle, sampai pukul 7 pagi lebih kat London dan balik semula ke Newcastle jam 11 malam lebih.

Aku, Rosmin dan Arni gi naik bas kul 1 tuh. Kam dan kakak dia terkebetulan gi London sebab nak jemput parents diorang (which is why Arni was ‘forced’ to go and join us).

london1
Baru sampai di Victoria Station. Kam dan kakaknya naik train pukul 11 pagi. So, diorang join kitorang tengah hari dah.

london2Kempunan nak makan makanan Malaysia, kitorang mulakan hari dengan nasi lemak dekat Restoran Bonda. Dekat dengan Paddington station.

london3Pose ‘keawanan’. Ala-ala memerasankan diri jadi Superman buat beberapa saat. Kryptonite moment coming soon!

london4Right after the moment – Muka separa menerima keadaan. Kamera aku jatuh tika nak buat 10 sec automatic shoot. Letakkan atas pole yang kat tepi aku tuh, tapi pole tu berayun ditiup angin dan … tamatlah riwayat kamera itu. Uhuk.. sob sob.

london5Bunga-bungaan di St James Park. Boleh perasan ke muka yang masih lagi kesedihan tu?

london6Kam join dalam pukul 3 lebih

london7Kembali bersemangat. Ala-ala hendak terbang (dan meninggalkan kisah duka di London)!

Di Cardiff


2009
06.05

Menulis dari rumah Freddie, salah seorang pelajar Brunei di Cardiff, juga bakal peserta Amazing Race Cardiff. Sampai Cardiff pukul 6 tadi. Aku, Mahadi dan Kam naik train dari Durham.

Kali ni perjalanan dah siap dengan makanan yang secukupnya. Makan pizza baki yang semalam punya sebaik sahaja naik. Sempat discuss sikit fasal flow Amazing Race Cardiff dan tidur sekejap dalam train. Bangun dan kelaparan. Arni dah masakkan bekal untuk kitorang. Aku tanya Kam, ‘ada apa untuk dimakan?’

‘Nasi goreng atau mi (bihun sebenarnya, orang Brunei panggil mi kot?), nugget dan buah’. Wah ada 2 menu lagi. Terasa macam atas kapal terbang pulak, siap bleh pilih.

Kitorang dah dapat 5 teams untuk race kali ni. Main Sabtu ni. Esok nak pergi tinjau lokasi (ala-ala crew tv betul jer).

Katanya ada all you can eat punya restoran kat sini. Aku bersemangat nak pergi. Aku suka all you can eat nih. Boleh makan tanpa risau nak bayar berapa (sebab harga dah fix kan?).

Hopefully our upcoming days would be smooth + I manage to do my work here.

Bercuti di UK?


2009
05.22

[This post is dedicated to my bro, my friends Rofikhi and Faizal]

Aku terpanggil untuk berkongsi sedikit untuk menulis tentang bercuti di UK. Untuk my bro dan kawan-kawan aku yang ada niat nak datang sini. Juga jika ratu ikan hendak datang ke sini melihat-lihat hemisfera utara dan mencari lelaki-lelaki latino. Ahaks. So, berapa costnya? Let’s do some budgeting! Take note, that I am talking about BUDGETING, not about how to get around and how long. Kalau kawan-kawan aku turun London dan expect aku to be there, kena discuss scheduling la jugak sebab takleh la lama-lama. Mampus tak study.

First of all, flight ticket. Yang nih aku tak mau kira. Berbeza mengikut musim. Air Asia pun ada dan aku tak berapa favourite Air Asia sebab kena tempah awal sangat. Tapi kalau nak budget cuti, memang kena tempah awal la kan. Dan kalau ada kad debit/kredit (Visa, Mastercard), sangatlah membantu.

London

Yang kritikal untuk berjalan-jalan di London ialah penginapan. Kalau ada tempat nak stay (rumah kengkawan), memang dah untung besar. Kalau tak, anggarkan boleh dapat semurah-murah 15 pounds semalam atau dalam 50 pounds semalam kalau lambat beli. Duka dinyatakan aku takde geng kat London. Tahir sebab duk dengan family, so takleh gi menumpang. Tambahan lagi budaya UK bukan cam budaya Malaysia, senang-senang hati jer nak melepak buat cam rumah sendiri.

Target tempat tinggal:

Malaysia Hall
-katanya 15 pounds lebih sikit semalam, seorang. Tapi takleh duk lama-lama. Bilik dorm. Ada waktu tutup gate. Aku tak pernah bermalam kat sini, so tak tahu

Travelodge

My favourite hotel. Last minute dalam 42 pounds semalam, satu bilik. Banyak gak dia punya bilangan hotel sekitar London. Dan sekitar UK. Kalau tempah awal bleh dapat 19 pounds atau 29 pounds semalam untuk satu bilik. Dan bilik yang diberi memang boleh duk untuk 3 orang atau 2 dewasa, 2 kanak-kanak. Kira tak melampau la sangat harganya. Bahagi 2 atau 3, sorang 10-15 pounds ja.

Home and Away Guest House

Aku tak pernah try yang ni. Tapi katanya rumah tetamu yang orang Malaysia run. Boleh masak sekali. Katanya around 30pounds sehari. Worth checking out. Sebab boleh masak, so ada extra point di situ.

Hotel-hotel lain

Cari jer kat google: London Hotel. Boh perkataan cheap etc. Kalau last-last minute, aku check-check bleh la still dapat 50 pounds semalam yang murah. Biasanya ni untuk 1 bilik, bagi 50 pounds. So kiranya 2 orang la bleh masuk. Kalau dah beli tiket Air-Asia awal-awal, patutnya dah bleh cari tiket murah-murah ye tak?

Berapa lama?

Nak pusing London, 3-4 hari cukup dah. Lama-lama pun bosan gak.

Pusing-pusing London

Katanya ada bas dari airport London Stanstead (airport Air Asia turun) ke tengah London (London Victoria station) dalam 10 pounds. Tu da kira harga tetap la. Yang bestnya pusing London, sebab beli tiket harian, off-peak, bagi Zone 1 (tengah-tengah bandar) sampai Zone 4 (pinggir-pinggir sikit), baru dalam 6 atau 7 pounds untuk satu hari. Tiket tu bleh digunakan untuk naik bas dan naik tube. Dan naik la berapa puluh kali pun, dan sesatlah ke Zone mana pun (asalkan tak keluar dari stesen). Boleh kembali ke pangkal jalan dan takyah bayar extra. Baguskan.

Makan

Makan di London, kalau tak masak, bajetlah macam ini.

Sarapan: simple-simple jer. Bebenda yang boleh dibeli di Tesco seperti Cereal Bar, susu, cereal, keropok-keropok, roti, jem, tuna. 2 pounds untuk sekali makan, InsyaAllah dah kenyang dah tu.

Tengahhari: kalau sanggup mengulang benda yang sama. Lagi 2 pounds dah okey. Kalau nak makan sedap sikit, gi Malaysia Hall, makanan Malaysia ada. Anggarkan 4-5 pounds sekali makan (Abang Jun, kuantiti makanan tidaklah sangat kenyang bagi abang). Kalau nak sedap, lebih jimat, cari kedai ayam goreng halal kat Brick Lane atau area Whitechapel atau pergi jauh sikit ke Leyton (rumah Tahir). Ayam goreng atau burger, 3 pounds tuh dah kenyang la. Dah bleh dapat set yang 2-3 ketul dah tu. Okey apa, sekali ganda KFC jer.

Malam: Ulang menu tengah hari, atau sarapan kalau still nak jimat. Atau maggi yang dibawa dari Malaysia pun boleh.

Tiket-tiket masuk tempat menarik

London attraction termasuklah London Eye aka Millenium Eye. Tuh dalam around 14 pounds kot. Tak ingat dah. Boleh cari kat internet. Maddame Tussaud tuh, yang patung lilin tuh dalam 22 pounds. Kalau nak tour yang jimat. Takyah masuk langsung bebenda camtu. Pusing-pusing ja kat Buckingham Palace, tengok guard yang berdiri tegak tuh, Big Ben, jam besar tuh (kat SP pun kita ada jam besar, ye tak?) dan tangkap gambar berlatar belakangkan London Eye. Pastu masuk Muzim-muzium London yang berlungguk-lungguk ada. Kalau tak spend duit untuk place of interest, still lagi boleh pusing-pusing London dengan raknya.

Masih boleh pergi ke tempat yang Amy Mastura berpusing-pusing pun (Trafalgar Square). Mahadi, tak jumpa la video klip tuh dalam internet!

Shopping dan cenderahati

Mahal lah shopping sini. Cenderahati banyak kat tengah London (Bayswater atau Oxford Street), tapi er.. kalau dah budget holiday, takleh la nak bawak balik buah tangan banyak-banyak cam orang balik Mekah. So, beli jer key-chain ke, sebagai tanda da ke UK, tuh dalam 2 pounds. Pastu masuk Al fayed punya shopping complex, Harrods yang sangat mewah dan sangat ridiculous harganya untuk orang-orang marhaen macam kita. Takleh menggalas beg galas yer kat sini. Pakai smart sikit untuk orang-orang yang inferiority complex macam aku. Kalau tak kisah, pakai jer apa pun. Diorang sini mana peduli.

Kesimpulan

So jom kira berapa keperluan untuk budget holiday. Let say 4 hari lah. Baru puas dan berbaloi kan?

Tidur murah (4 malam) = 4*15 =60 pounds
Makan murah (4 hari) = 7*4 = 28 pounds
Jalan-jalan murah (4 hari) = 7*4 = 28 pounds
Stanstead airport ke tengah london = 2* 10 = 20 pounds
Terbeli benda-benda yang menarik = 30 pounds
Termasuk benda-benda menarik = 20 pounds

Jumlah = 186 pounds = RM1023 lebih kurang (pada kadar 1 pounds = RM5.50 sekarang)

That’s it. Yang paling penting, tempat tidur. Benda-benda lain agak fix dia punya variable. Kalau nak makin lama pun, it goes linear jer.Kalau nak jimat lagi, 3 hari ke, boleh la reduce sampai RM800.? Walau bagaimanapun, eloklah bawak extra 100pounds (RM 550 lebih kurang) kalau-kalau nak terbelanja lebih.

Percutian budget nih dalam anggaran korang pergi bercuti 2 orang sama ada korang sorang, dan kawan korang sorang lagi di UK, atau 2-2 orang dari Malaysia. Kalau sorang-sorang jer, jadi mahal lagi sebab tidur takleh share.

Kalau nak pergi bandar lain, tuh kita cerita next time bila aku terrajin yek.

Back Here


2008
10.06

I’m back from Bristol. Sangat penat hari ni. Ditambah dengan tido sebelum Maghrib, aku terasa tido-petang-effect lepas bangun tadi.

img_3946Kebetulan orang Bristol baru buat perjumpaan raya pada hari Sabtu. So, aku sempatlah join sambutan raya orang Malaysia kat Bristol. Malam sebelum itu pergi tolong-tolong diorang cucuk satay.

UNO

We did play UNO in Bristol but there are some many rules changes that left me being so unprepared. I lose 2 times in a row for the single challenge. Zeah, I really hope you were there. img_3966At least I didn’t feel that baaad when I lose to you but ouch, it hurts to lose 2 times in a row.

Then, we had a group game which I introduced to them. Yeah UNO group game. But with some additional new rules which is pretty devastating. Abg Tra was with Abg Lie. Kak Wan was with Sabil and I was with Intan. But guess what? Me and Intan won it all before. 2 of us manage to finish it even before one of them finish.

[Baju raya yang aku pakai tuh baju Cikgu (Bristol). Aku tak bawak baju raya sendiri]

But honestly, that was the scariest UNO game I ever play. It was really tense with additional rule which say that we have to take 7 cards if we forgot to say UNO. That was really throw me out of my comfort zone.

Designer Outlet

shoppingHari Ahad, aku, Abang Tra, Sabil dan Intan pergi Wales. First time aku pergi ke Wales. Tapi tak jalan-jalan pun kat tempat-tempat pelancongan, instead kitorang pergi ke Designer Outlet kat Brigend, dekat-dekat Cardiff.

Kitorang sampai dalam pukul 12.30, pukul 5.30 baru abis shopping. But guys shopping is SO MUCH FUN. If it is 5 hours, it does mean that we buy a lot of stuff.

Shopping with girls is hm… depending on type of girls.

Kalau jenis pergi, cari benda yang nak beli, try on, pastu beli. That is type perempuan berotak lelaki seperti … oops, walaupun lepas bulan posa, tapi tetap tak bleh mengumpat, ye tak?

Kalau jenis pergi, cari benda yang nak dibeli, sambil tetiba nampak benda yang agak best dan tengok juga tapi tak beli. Kemudian memerlukan approval untuk barang yang nak dibeli, tapi the answer I should give is always ‘it does look nice’ with enough passion while expressing it otherwise it will sound insencere and may be the sign that the things that they wanna buy is not worth buying while actually I was cranky for being hugry. Hm… agak penat sebenarnya meneman yang macam ini. (Kecuali kalau dengan meneman itu, dapat dibelanja makan ka.. then it’s okay)

Back to shopping in Wales, lepas abis shopping, kitorang pergi menghantar Sabil kat rumah kawan dia kat Pontypridd. Terus kitorang tetiba crash rumah terbuka bebudak Malaysia kat sana sebab nak tumpang solat. Ramai gak bebudak Malaysia kat area tu. Banyak yang amik kursus ..er.. aeronautik ker yang kapal terbang tuh?

Pastu balik.

Conclusion

Raya tahun ini agak best. Beraya sakan. Aku dah kena keji dengan Kak Dijah dan Ina fasal study. Cadangnya nak prove them wrong tapi lepas balik dari Wales semalam, badan sudah kepenatan.. Okay I lose, you girls win…

Amsterdam Video Log


2008
09.23

Video log untuk trip ke Amsterdam itu hari.

Dari ward C33


2008
09.16

cabut gigi bongsu shouldnt be that hard. At least thats what ppl think, or at least, thats what happened to the others.

Gigi aku kena cabut dalam pukul 1 ptg lebih. Kak nur, kak shifa, yasmin dan zeah datang menghantar, tapi kak nur dan kak shifa balik durham sbb ada makan2 kat ustinov.

Yasmin dan zeah yang tengok2kan aku lpas aku jaga dr bius.

Tp rahang aku lak sakit. Darah keluar dr mulut bukan main byk lg. Kira kalau nk blakon citer hantu, mmg boleh.

Menangis2 aku smentara nk dpt pain killer. Zeah dan yasmin tukang melayan kerenah aku. Sakit woo.

Dalam kul 5, mkn painkiller, dah ok.

Pastu aku bsiap2 nk kluar. Dh pakai jeans dan sweater. Datang nurse lelaki cabut jarum yg salur makanan/ubat dr tgn kiri aku, terus aku pitam.

Zeah panik. Aku mmg x sedar. Sedar dlm agaknya 5 minit lpas tu, 4-5 org nurse keliling aku. Doktor pun ada.

Diorg cam tak pnah dgar kes pitam sbb phobia jarum – yes, im that different.

Last-last takleh balik. So terpaksa aku tido sini mlm ni. Nih baru je mkn biskut cicah air teh. Nikmatnya… Tak terkata.

Zeah, and yasmin. Thanks a lot. Kak dan abang, jgn bgtau mak fasal adik terstranded kat hospital. Risau nanti.

Oh, hospital nih ada tv sorang satu. Intrnet pun bleh surf tp kena bayar kot.

Sekian dr sunderland hospital.

That’s nice!


2008
09.08

Post ini adalah rentetan dari post sebelum bertajuk Restless 2.

Just when I think that things couldn’t get any worse, I got an email from Gulf Air:-

Gulf Air flight GF 0280 scheduled to depart from Bahrain to Kuala Lumpur at 2025 on Monday 08 Sep will now depart at 2125 on Monday 08 Sep.
We regret any inconvenience.

Baru je beberapa minit lepas aku post tadi.

That’s nice! Now the plane is delayed and my parents are going to arrive in KL by 10.40am, just 5 mins after the supposed KL-Penang flight departed. And with no check-in from Heathrow whatsoever, it certainly doesn’t help.

Restless 2


2008
09.08

Aku baru sampai dari London. Dalam 40 minit lepas.
Status : Restless

Aku berada dalam kebimbangan, kekesalan, ketidaktahuan yang amat.

Mak dan abah selamat naik tadi kat Heathrow. Status Bahrain Airport mengatakan kapal terbang dari London ke Bahrain dah selamat sampai di sana pada waktu aku sedang menaip ini. Dalam sejam lebih selepas sampai, mak dan abah akan naik Gulf Air ke KL. Dijangka sampai 9.40 pagi waktu Malaysia.

Tapi masalah besarnya ialah orang kat kaunter Gulf Air tak boleh check in kan mak dan abah sampai ke Penang. Aku dah tanya orang kaunter yang duduk sebelah dia, pun bagitau yang sama. Disebabkan lain syarikat penerbangan (KL – Penang naik MAS), diorang takleh check in kan.

Tapi, prosedur check-in kat KLIA mesti sejam sebelum berlepas. Flight KL-Penang pulak 50 minit selepas sampai. Dengan nak pergi amik bagasi lagi, memang tak sempatnya.

Aku bagitau kat abah suruh beli tiket baru. Tapi sekarang aku rasa bersalah sebab tak attack habis-habisan orang kaunter Gulf Air tadi. Sejak bila pulak tak boleh check-in baggage sampai Penang? Apa guna kaunter pertukaran tuh dibuat kalau takleh check in lain syarikat penerbangan? Apsal dulu aku naik Sri Lankans Airlines yang orang lagi tak respek, boleh jer check in sampai Penang walaupun KL-Penang naik MAS??

Aku marah banyak dengan diri sendiri sebab terlupa nak pergi ke kaunter MAS tadi waktu kat Heathrow dan carikan penyelesaian. Aah.

Aku dah call Ticketing Office MAS, diorang dah conformkan takleh buat apa-apa kecuali mak dan abah sendiri ke tiket kaunter bila sampai dan deal on their own.

Aaaah!!

Status: Tertekan.

Aku harap at least diorang masih boleh tukar tiket yang diorang ada dengan sedikit penambahan duit. Kalo beli tiket baru, aku tanya tadi RM295 seorang. Abah cakap dia ada cukup cash, tapi takut pulak aku kalau abah shortage. Apasal la aku tak pergi tekan Pound Sterling dan bagi tadi?

Aaaah!!

Pagi nanti pukul 2.40 pagi (waktu UK), aku akan call mak dan abah once diorang sampai KL. Till then, I pray that a miracle will happen and they will hav a smooth way home.

Aaaah~~

Scotland Pictures


2008
08.27

For the story, please refer to Arni’s blog entitled Amazingly beautiful =). Arni is one of the Bruneians who was in the trip.

scotland1

Being kiddos on the way to Nairn. Damn I look like a chimp.

scotland2

Mom and Dad by the Scottish houses.

scotland3

scotland4

scotland5

Everyone by Loch Ness

scotland6

In front of Urquhart Castle

scotland7

scotland8

Dunrobin Castle

scotland9

Playing Uno in the garden by the sea and castle

scotland10

Dunrobin Castle

scotland11

Inverness Castle