Archive for the ‘Durham’ Category

Avalanche


2010
02.24

Dah selamat sampai di Durham. Alhamdulillah.

Rosmin, Kak Khalidah, Zeah, Mahadi, etc, you should know what I’m doing now.

It’s tomorrow


2010
02.22

Esok balik UK. Bersemangat!!!

3 weeks of lot of stuff. Nah, not much. Mostly revolve around the kids of House of Pumpkin. But that was a good one.

Dapat mesej dari Rosmin, saying he’s missing them (padahal baru jumpa waktu petang). Dapat mesej dari Zakia juga yang dia rindukan HoP. Melihat kawan-kawan lain yang terimpak lebih, aku rasa kurang sedih. Agaknya kot. We’ll see. I will probably reached Durham and ended up missing each one of them and cry. Lol.

I shared about the crying thingy with one of the students – Shark. I asked him, ‘what do you think about you crying in public?’, that was after talking how emotional the farewell of House of Pumpkin was. Dia cakap dia sebak, tapi malu nak nangis.

Then I told him, ‘well, sekolah menengah – don’t cry. It show weakness. Nanti dah masuk universiti, cry – it’s an asset, coz girl appreciate sensitive guys’. Well. Not necesarilly true, but some girls I met told me that. Perhaps coz they like guys being sensitive; or perhaps they just like that particular guy and they don’t mind him doing whatever – laugh, cry, acting silly etc.

Daniel told me about their ’sentap’ usage in class. Daniel and Zam were the only crews (among those 13) who come from a different class. Katanya, dalam kelas diorang, diorang berdua still guna ’sentap’ when my sister teaching, tapi rest of the class tak faham la. Kelas sebelah lebih banyak guna, dan suma bergelak ketawa. Sentap. Abis rosak bebudak ini. Jangan laa diorang guna ‘keji’ pulak.

Naim pulak dah mula menggunakan terma ‘adik-adik ikan’. Ah, apalah aku mengajar kat bebudak nih.

I asked them to practise English. Waktu HoP, aku bersembang dengan beberapa pelajar perempuan yang dah tersingkir. Telling them how I am also from a rural area school, but I was lucky for being able to have friends who wanted to try to speak English. I told them the reason where it all started – about how my friends love to hangout at my house (due to the distance from school was just about 100m), and coz we wanna talk about girls and stuff (ahem), we conversed in English so that me mom and dad won’t understand it.

Well, just telling these kids that English is supposed to be relaxing.

Seriously, last couple of weeks revolve around these kids.

And as much as I hope to motivate them, they had already motivate me.

1 year left and let’s do it right.
Let’s go back and let’s finish this.
Be prepared for extra 6 months, but that’s it.
Let’s go back and let’s finish it.
Coz I want to come back and work and do this thing all over again.

That’s my shout.

Well, if I could share an open secret, it would be that – I wasn’t really excited about coming back to Malaysia. And the reason is plain stupid – I hate ‘people’ being nosy about marriage and stuff. Meeting these kids restore back my motivation and reminds me of why I wanna be there in UK at the very first place. And with that, thank you (and stop being nosy!).

hop_candi

The HoPpers are running wild around Candi Lembah Bujang

hop_melbourne
Bebudak House of Melbourne (Naeimah sister diorang). Nih gambar ni diorang amik ngan Zali, tapi penuh dengan semangat berposing yang tinggi!! That’s the way to go. Hehe.

hop_secret

Lepas abis program, kitorang gi melepak kat Secret Recipe kat Village Mall

hop_khalidrosmin

Zakia, Kak Khalidah dan Rosmin. Kak Khalidah dengan Rosmin tengah mengeji aku sebenarnya tuh. Cis cis.

hop_sedim
Tak sempat naik Tree Top Walk sebab dah tutup. So bergambar kat pintu jer.

hop_hush

Dalam kereta nak ke Sedim, terdengar lagu Hush Hush dalam kereta Rosmin. Kitorang gelak over the lyrics. Waktu tu aku naik dengan Rosmin, Kak Khalidah, Zakia dan Naeimah. Terus kitorang membayangkan kalau Kak Khalidah jadi lead singer, dan bebudak crews jadi yang ‘hush hush, hush hush’. So this is how we imagine la. The song is below.

Thanks


2010
02.20

Thank you for tainting a piece of my heart coz it was a good colour
Thank you for making me cry coz it was a good feeling
Thank you for keeping me still while you jump, run and hop
Thank you for making this goodbye the hardest so I want to return
Thank you for sharing those smiles coz I need it
Thank you for sharing those tears coz I need it
Thank you for sharing those pains, those laugters, those silents coz we need it

Thank you for making me wanting to sail this ocean again
Thank you for letting me know one is not the loneliest number
Thank you for making me being me

Thank you for these 13 lines I will be missing
Thank you for one lucky number 7 I am counting
Thanks.

*8.22pm, 20 Feb 10

Surat untuk Zeah


2010
02.16

Zeah,

Aku baru lepas abis jumpa dengan Rosmin. Dia pusing datang rumah aku. Petang tadi aku call dia (lepas dia call aku, miscall sebab aku kat toilet), dia bagitau dia dah terasa sunyi, dan mula rindu bebudak tu. Haha. Dia dah dapat effect yang sama macam kitorang.

Bebudak Labu Besar are great. And doing activity with them is such a pleasure. Tu sebab aku nak ko datang. Sebab aku tau ko mesti bleh masuk giler-giler punya dengan bebudak ni. Takpe lah. Tahun depan ko datang ek.

Tahun ni best sebab kawan-kawan yang aku bawa – Kak Khalidah, Zakia, Zali dan Rosmin – semuanya sporting. Bebudak nih masuk abis dengan kitorang sampaikan perkataan ’sentap’ pun telah diorang pelajari. Hari tu waktu aku terbaring kat sofa rumah kak aku, salah sorang crew budak form 6 jerit kat kawan dia. ‘Wah, hangpa mengeji aku dalam facebook!’. Juga sudah belajar perkataan ‘keji’. Aku dah warn diorang supaya tidak guna dengan cikgu-cikgu. Nanti sentap cikgu-cikgu diorang.

Hari Rabu aritu aku nangis tiga kali. Gila ala-ala berderu yang takleh tahan. Well, kalo ko ada kat sini pun, mesti kita dah menangis bersama-sama.

Sekali waktu pagi, aku drive. Pastu bercakap fasal sorang budak ni. Nama dia Azim. Dia dah masuk program ni 5 tahun dah. Waktu penutup dia bagi ucapan, dia cakap, ‘program ni adalah benda yang paling bermakna dalam hidup saya’. Sambil dia cakap, dia menangis. Waktu tu jugak, terus aku tersembur depan bebudak tu. Tak pernah okeh nangis depan bebudak. Tapi kali ni takleh tahan. Agaknya sebab aku rasa appreciated kot.

Second, aku naik kereta dengan Rosmin yang on the way ke Lata Sedim. Ada 3 orang lagi kat belakang. Sekali kat mp3 player Rosmin (yang disambung masuk ke audio kereta) keluar lagu indon apa tu yang lirik dia ‘… rasa ingin mati’. Walaupun aku tak suka lirik tu sebab agak ‘wah.. perlula kan’, tapi terus terjiwang dan mengalir lagi.

Third time, waktu bercakap dengan kak aku semalam.

Ah.. giler.Sangat memberi impak mendalam okeh program ni.

I hope you’ll be here next year la Zeah.

Nanti-nanti aku upload video. Sekarang tak mampu tengok. Nanti terus terasa sunyi.

Aiya.

Well, btw, aku dah makin bersemangat! Nak perabih cepat-cepat study, supaya bleh balik tahun depan dan buat lagi program ni!!!

-Lutfi

After HoP


2010
02.16

Around midnight, aku sampai balik Merbok. So it mark that the program finally unoficially finished last night.

Habis hari Ahad lagi. Tapi kitorang laggingkan perpisahan dengan melepak beramai-ramai dengan crew kat Secret Recipe, pastu gi air panas kat Baling dan petang kelmarin pergi mandi kat Sedim (nak naik tree top walk tapi dah tutup).

Was a good season. That was a good run.

Nantilah cerita lagi.

Europe Train


2010
02.08

Sekarang ini busy planning untuk HoP. House of Pumpkin ialah aktiviti sekolah kak aku. It is an English camp and this year we do it in a camp near Candi Lembah Bujang.

Semalam meeting dengan crewmember. Nih bawah ni gambar Afnan, anak menakan aku yang tertido kat kerusi kat makmal komputer sebab kak dan abang ipar aku ada meeting.

tidur

Anyhow..

Nak menjawab soalan dari Youtube follower (gunakan istilah ini kerana lebih sopan)

Soalan dari Markonah berkenaan train untuk Europe:

1) train yang awak naik tu..special tuk org yang duduk di europe sajakah atau for public?
2) semua perjalanan tido dalm train ke?
3) ada link pasal train x..

Markonah,

Train tersebut untuk orang yang duduk di Eropah DAN yang bukan eropah. Kalau yang menetap di Eropah (orang tempatan ataupun bermastautin atas sebab bekerja dan belajar seperti saya), kena beli tiket InterRail. Tiket ini membenarkan perjalanan tidak terhad ke seluruh Eropah buat tempoh tertentu TETAPI bukan di negara didiami. Maksudnya kalau saya duduk UK, saya beli Global Pass, saya boleh guna untuk naik train di Spain, France etc, tapi kat UK kena beli tiket biasa.

Tapi kalau bagi yang bukan menetap di Eropah, kena beli tiket EUrail. So, yang ni akan cover semua negara di Eropah bergantung pada jenis tiket yang dibeli.

Dia pulak ada 2-3 jenis. Global Pass yang cover semua negara Eropah. One Pass Country cover negara-negara tertentu. Katakan sekadar mahu pusing satu Jerman. Maka belilah tiket Jerman sahaja.

DAN, perlu aware yang ada negara yang caj lebih untuk sesuatu perjalanan. Hari tu, kitorang kena bayar ekstra waktu di Itali dan Sepanyol. Kena bayar ekstra ni bagi train yang ‘reservation is compulsory’. Biasanya ini untuk route popular. Macam waktu kitorang naik train dari Venice ke Rome. Tu kena bayar extra. Rome yang ke Ventimiglia tu, tak payah sebab train lembab. Extra tu kalau tak silap dalam 3-10 Euro. Tapi train yang kitorang amik dari Barcelona ke Cordoba agak mahal dalam 10-2o Euro.  Tapi bila dah naik, terasa berbaloi jugak la sebab giler jauh Barcelona tu dari Cordoba.

Waktu trip kitorang, kitorang hanya amik night train dari Innsbruck ke Venice. Sebabnya, susah oo nak reserve train malam. Train malam memang wajib book, dan ramai orang nak naik. Tu pun kitorang hanya amik flight seat (seat biasa) dan bukannya bed. Sebab bed punya mahal, baik la gi tido kat hotel atau hostel.

Yang lain, kitorang tido separa malam dalam train (seperti waktu dari Augsburg ke Praha yang naik keretapi lama tuh).

Satu tips yang saya bleh bagi ialah backpackers place ni banyak. Kalau sampai dalam waktu tengahhari atau pagi, agak senang la nak gi dan cari kekosongan. Sila jangan sampai waktu malam  dan baru gatai nak cari macam waktu kitorang kat Paris. Sangat susah sebab banyak dah penuh.

Okeh ciao!

Complaints


2010
02.05

I

Prabayar Celcom. Berbaloi-baloi? Are you kidding me?

II

Semalam aku tengok cerita Blogger Boy kat 8tv. Not bad. Tapi kenapa semua orang takde freckles? Termasuk mak dia. Kulit licin bagai!

Cheryl Samad sangat sweet dan lakonannya lebih alive daripada dulu. Dek kerana itu, walaupun aku tak tau sapa yang betul, sapa yang salah dalam cerita tu,  maka aku sokong watak Cheryl Samad. Lemah sangat Budi ituh.

Aku sentap dengan  emak Budi! Tak mau berubat sebab nak tengok anak lelaki dia kahwin. Apakah?

III

Tersentap dengan drama nyata.

But on this note, I would say, ‘kita ni, kan kita ni kaum-kaum lelaki, ada kederat. Kalau taknak, bagi penumbuk sebijik. Ini bukan cerita Senario The Movie ye tak?’

Ahem.

IV

Kenapa ada iklan barangan wanita yang ‘whaaat?’ (bunyi shrieking). Sangat ‘advanced’ dari UK.

V

Makan 2 bungkus nasi lemak pagi ini lepas 2 slices PB&J. Oh ini bukan complaint. Ini kesyukuran. Alhamdulillah. Burp.

Sudah sampai


2010
02.03

By the time dapat komen Cik Pengurus dalam entri lepas, sudah pun selamat sampai di rumah. Macam biasa, perjalanan balik mengambil masa 24 jam.

Durham – Newcastle Airport: 1 jam
Tunggu kat Newcastle Airport: 2 jam
Newcastle – Amsterdam : 1 jam
(Tido sepanjang flight sebab ngantuk berjaga sepanjang malam. Tak jamah pun makanan)
Transit di Amsterdam : 1 jam 40 minit
(Sempat cari surau kat Amsterdam Airport. Nasib baik dah pernah pergi dulu, kalo tak susah gak nak cari)
Amsterdam – KL: 11 jam 30 minit
(Sempat makan sambil tengok Cloudy With The Chance Of Meatballs. Bolehla. Tak suka animation. So, tak appreciate sangat. Tengok sikit The Invention of Lying. Good concept, but poor implementation. Tak best, so tak tengok. Pastu tido dalam 6 jam, terjaga sekejap, dan tido lagi 3 jam. So, taklah terasa sangat lamanya dok dalam flight)
Transit di KL: 2 jam
Zohor dan Asar kat surau airport, pastu terus ke balai berlepas. Sempat online 5 minit, pastu nampak Pidin online dan suruh dia call. Sempat bergosipan dengan Pidin sebelum naik flight.
KL – Penang : 1 jam
Lepak kat Penang: 2 jam setengah
Kak aku dan famili dia pun datang menjemput sekali. Lepas Maghrib kat Masjid USM, kitorang gi layan Subaidah. Pastu aku balik dengan parents dan abang aku dan anak sedara (Danish and Darwish yang dalam When I’m Gone tuh).
Penang – Rumah: 1 jam

So, jumlah perjalanan: 23 jam 40 minit

Taklah sangat penat sebab banyak tido kot.

Ciao

Diari sebelum balik


2010
02.02

Entah kenapa hendak tulis progress hendak balik. Maybe untuk inspirasi? Ataupun hendak mencari reason menulis? One of the thing I talked to Mahadi, and Mahadi bagitau yang kalau dulu, aku akan update blog sehinggakan tiada apa berlaku pun, tetap mencari reason untuk menulis. Maka here it goes.

Untuk pengetahuan bersama, waktu di bawah ialah waktu UK. Kalau nak tau waktu Malaysia, sila tambah 8 jam. So, 12 tengah malam = 8 pagi Malaysia.

12.00am
Baru terjaga dari nap. Beg masih belum dipack.

12.30am
Berbincang dengan Cik Penasihat LB&TT fasal What About Now punya translation

1.27am
Baru lepas makan fillet fish sambil tengok How I Met Your Mother (S4E20). Sekarang tengah berdiskusi dengan Zali Debat arrange dia punya time untuk turun SP nanti. Beg masih belum pack.

2.48am
Sudah print jadual perjalanan. Walaupun aku sangat tidak kemas dalam hal-hal susunatur bilik (keke), tapi bab-bab berjalan nih, aku agak teratur (ini namanya masuk bakul angkat sendiri). Aritu pun waktu jalan dengan Rosmin dan Mahadi, masa perjalanan, suma diprint. So, kali ni pun buat yang sama.

Sudah call mak aku. Saja sembang sebelum balik.

hanovertrip

Tetiba terasa hendak menunjuk jadual perjalanan yang biasa aku buat setiap kali sebelum balik. Yang atas ni Hannover punya trip itu hari. Sila click untuk gambar lebih besar.

Nota untuk Mahadi: Uploading this kind of stuff lately seem to be  a big deal. Konflik diri sangat! Sekarang ni ala-ala menggunakan konsep ‘kita pakai (buat) ni bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk kepuasan’. Hehe

5.29am
Nak topup nombor Celcom tapi apsal ntah cam tak boleh. Baru terperasan dah 3 bulan tak topup, maka dah burn baki yang ada dalam RM20 ari tu. Sigh.

8.00am
Baru nak start packing

8.08am
Pack baju/pakaian selesai. Jeans yang zip rosak jeans dibawa balik. Jeans yang okey dah dibawa. T-shirt yang disukai dibawa balik. T-shirt belum basuh yang disukai juga dibawa balik. Belt extra juga telah dimasukkan. Tracksuit dan pakaian dalam juga sudah dipack. Take a break sekejap sebelum sambung pack.

8.46am
Baru nak mula pack alat-alat eletronik.

8.54am
Dah abis pack barang-barang eletronik. Sambung pack bebenda baki.

9.00am
Rasanya dah abis packing. Yang tinggal hanyalah DS yang sedang dicaj, laptop yang masih diguna dan tengah consider nak bawak balik mic ataupun tidak.  So, tempoh pack barang ialah 8 minit untuk baju, 8 minit untuk barang eletronik dan 6 minit untuk barang-barang lain. Jumlah 22 minit untuk packing. Masa bertangguh = berjam-jam lamanya.

9.05am
Dengar lagu nih. Maher Zain – Always Be There. Introduced by Kak Nur. Well, lagu ni ada cerita lawak di sebaliknya, tapi because I know I’m gonna tell it and fail miserably of conveying the funniness of the story, so I skip.

Wah, post ini penuh dengan alat bantu audio visual:)

9.19am
Snow turun rintik-rintik. Good, coz I’m leaving. Am not being sarcastic. I don’t really like snow.

11.17am
Still awake. Salji dah makin lebat sejak tadi.

1.01pm
Nak ciao gi airport.

3.27pm
Tunggu masuk balai berlepas pukul 4.00pm. Baru lepas makan sandwich dan masih lagi tengok Heroes sambil-sambil.

3.55pm
Time to go. Newcastle – Amsterdam – Kuala Lumpur – Penang. Doa agar selamat semuanya

R di awal bulan


2010
02.01

8.22 malam.

Belum start packing.

Macam sedikit mengantuk.

Maybe tidur dulu, baru bangun packing. Maybe just pack 1 jam sebelum blah. Ada beberapa helai baju yang aku suka, yang tak basuh lagi, tapi nak bawak juga balik. So, maksudnya bawak baju kotor balik sekali. Ini macam waktu kat USM dulu. Hujung minggu balik rumah bawak baju tak basuh.

Terasa kurang semangat untuk segalanya. Aiyo. Sindrom hilang passion ini sangat teruk. Telefon Mahadi. Cakap kat dia, ‘aku penat… takde mood nak study’. Habis tu penat sebab apa? He asked me and I asked myself the same thing.

Semalam selsema sikit. Hari ni pun still ada sikit-sikit. Oh, maybe kena ke gym kot. Baru bleh release sikit. Tapi beg tak pack lagi. Sigh.

Kehidupan apa nih? Apakah? (Ini meroyan versi sopan).

Anyway. Nak buat air dan tengok How I Met Your Mother.

Pastu kalau tak semangat jugak, aku akan angkat kaki ke gym.

Ciao