Viva itu hari

Dua tiga hari ni dihabiskan dengan melengu. Tak suka juga nak jadikan bulan puasa ni sebagai alasan, tapi waktu puasa yang panjang, tambah lagi dengan aku yang soh seh soh seh selsema yang dah lega sikit tapi batuk yang tak lega-lega menyebabkan bila tido lepas sahur, asyik batuk, dan tak dapat tido dengan baik = cranky;

jadi mood sangatlah tidak baik.

Timbang berat semalam pulak, dah jadi 57kg. Maksudnya dah kurang 2-3 kilo sejak mula puasa hari tu.

Sigh.

Ingatkan nak jumpa supervisor hari ni untuk amik list correction, tapi dia tak reply email, maksudnya dia takde kat Durham kot.

Nak juga turun ke London kejap untuk berjumpa rerakan taulan sesambil tengok suasana Olimpik. Tersangkut juga tengok dua tiga acara sebab Hasnol dok follow kat rumah.

Sedikit mengimbau hari Jumaat hari tu.

Aku punya viva adalah dalam sejam setengah which is considered alright sebab sesetengah orang boleh cecah 3 jam.

Seriously, soalan dia susah.

Bukanlah susah yang nak attack aku, tapi very technical, very detail dan kadang-kadang juga tricky.

Aku pun kadang-kadang ada tendency tetiba mumbling bebenda tak berkaitan sebab nak circulate idea. Tapi kalau aku tersedar jadi macam tu, aku akan stop. Dan mulalah aku ‘well… it’s actually like this’.

Bagi aku, pengalaman berdebat dulu banyak membantu untuk belajar circulate idea dan jawab dengan yakin.

Yang sedikit perasan best sebab bila masuk dan nak mula viva tu, pemeriksa external aku yang dari Cardiff tu tanya, ‘are you local?’ maksudnya, orang British kah.

Haroslah terbangga sekejap. Mesti facial aku yang dishaved tapi meninggalkan goatee itu membuatkan dia fikir aku nih Indian ataupun Pakistan British. Keke. Ala.. sebabnya banyak South Asian kat sini buat style macam tu.

Lepas habis viva, aku keluar dari bilik tu, dan masuk balik, dan dia dan pemeriksa dalaman ucap tahniah.

Pastu.. time lunch.

Aku bagitaulah yang aku puasa, tapi aku duduklah sekali sebab saja nak hormat. Tapi okay ja pon sebab diorang makan sandwich. Lainlah kalau dia jamu nasi beriyani ka time tu, haruslah aku terliur.

Sempat juga bergosip (boleh?). External aku tu dari Cardiff so dia ada terlibatlah dalam dasar buka cawangan universiti kat luar negara termasuk Malaysia. Terus dia bawa keluar cerita fasal kolej kat Malaysia yang ada kaitan dengan University of Wales, yang bersangkutan dengan a Malaysian popstar yang dulu pernah hangat sekejap tu. Oh, btw, Cardiff tu kat Wales.

Anyway… skip bout that.

Habis viva, gi solat Jumaat, pastu balik rumah. On the way nak balik, pening gila dan aku tak sabar nak hit the hay.

Tapi sempat lagi paksa Hasnol tangkap gambar post-viva seperti berikut.

Kena la ada gambar sebab kebarangkalian besar takleh datang time convo nanti. So ada lah gambar sebagai kenangan.

Comel kan berbraces begitu? (Orang UK panggil braces, American term: suspender)

 


3 Responses to “Viva itu hari”

  1. Dini says:

    Tahniah Bro Amri ^^

  2. tulip says:

    contradict here.di msia tp ditanya Iranian ‘are you local?’ errr sangat tak best!!

  3. tulip says:

    mcm motip waswas malaysian je tuh.aish

Leave a Reply

See also: