Tengah hari

Pukul 1.

Sedikit tak bertuah sebab selsema pulak. Hasnol pun berjangkit sekali.

2 malam lepas ada rasa sedikit suam.

Yang mujurnya ialah suhu kat sini sedap sekali. Ala-ala seperti waktu hujan di Malaysia sahaja. Itu tuah aku sampai pada tika ini. Sebabnya, kawan aku beritahu yang stesen Metro di Newcastle banjir entah berapa minggu dahulu. Hujan lebat sangat.

Kira baik sudahlah sebab tidak perlu buka heater dalam rumah, juga tidak perlu pakai baju sejuk dalam rumah. Jadi demam hari itu, atau selsema hari ini, taklah rasa teruk sangat. Masih dapat aku baca tesis yang akan disoal esok hari.

Semalam aku keluar Newcastle. Sebab badan rasa tidak larat sangat, aku pilih untuk keluar. Ajak Mardhiyah, bekas budak Nothumbria Uni untuk teman aku pergi cari baju kemeja dan seluar. Niatnya untuk dipakai esok.

Tanya supervisor aku tempoh hari, pakai apa untuk viva esok, dia kata tidak kisah. Memang dia kata student international selalu pakai suit. Tapi kalau aku pakai macam yang aku pakai tatkala jumpa dengan dia, iaitu jeans dan juga t-shirt hijau gelap ada corak smilies, pun boleh juga. Katanya.

Aku beritahu aku mahu pakai suit lah.

Tapi semalam aku pergi Eldon Square, jumpa baju biru yang boleh tahan juga cantiknya, tambah pula sales, aku beli, juga dengan suspender atau braces (sila google) sebab reganya murah. So, maybe esok tak pakai suit untuk keselesaan, just baju kemeja, tie, dan suspender. Itu sebab saja nak try walaupun orang kat UK ni bukannya pakai pun kecuali time-time formal dinner.

Okeh, nak sambung baca tesis.


One Response to “Tengah hari”

Leave a Reply

See also: