KENAPA LAMBAT?

Bersama lagi dalam blog post berjemaah pilihan Naz yang bertajuk Kenapa Lambat yang dicapital letterkan.

Adapun banyak sebenarnya persoalan yang berkaitan seperti

‘Kenapa lambat update BKT?’

‘Kenapa lambat hantar hadiah yang cabutan bertuah hari tu sampai ke hari ni masih belum dihantar sedang mug sudah pun dibalut dua tiga hari yang lalu?’,

juga ‘Kenapa (bakal) lambat upload video teater Snow White & Bujang Lapok yang dengan separa gilang-gemilangnya dipersembah semalam (separa: sebab sound system tak best, jadi suara tak berapa dengar)?’.
Tapi tentulah ‘Kenapa lambat kahwin?’ itu menjadi soalan-soalan pemangsa di kala-kala dahulu, kini dan selamanya (selagi tidak berkahwin). Dan supaya blog post ini kelihatan lebih menyerlah berbanding pencabar-pencabar yang menulis tajuk yang sama, maka sesuai untuk menggedik dengan soalan berikut:

Kenapa Lambat Kahwin???

1) Kerana memilih
2) Kerana yang nak dipilih haruslah memberikan offer murah-murah untuk belanja mesikpun pada saat kalau ada rezeki sudah habis PhD.
3) Kerana ego tidak mahu diperkenalkan atau dikenenkan kerana tidak mahu kelihatan desperate, juga kerana tidak sanggup mereject jika tidak berkenan.
4) Kerana merasakan diri masih muda. Ala-ala baru 21 tahun kalau shave janggut dan misai.
5) Kerana menunggu chenta sejati.
6) Juga kerana tak berapa tunggu pun chenta sejati, tapi chenta back-up mengalami halangan.
7) Kerana termimpi gadis yang sama yang tak pun bercinta 4-5 kali dah tapi tidak sanggup menghubungi kerana halangan-halangan yang timbul (boleh dibuat lirik lagu neh, drama takleh, cerpen boleh la..)
8) Kerana pilihan diri haruslah selari dengan kehendak masyarakat juga ibu.

[Disuruh klik more bagi tujuan dramatik]


9) Kerana walaupun ibu seperti berkenan pada Neelofa pabila menonton Nona, Neelofa tidaklah berminat pada saya (dan dengar katanya dah ada bf? Patah hati)


Gambar yang telah dicropkan daripada gambar berkumpulan disertakan bagi tujuan dramatisasi. Nampak padan kan walaupun I tanned sikit?

 


5 Responses to “KENAPA LAMBAT?”

  1. Alien yg tak berapa vogue gittew says:

    Tidaaaaak! Sangat jelez sebab uol dapat bergambar dengan Neelofa pujaan iol!!

  2. tulip says:

    Nelofa jgk jadi pojaan :

  3. madu says:

    Kesian..ramai yg patah hati kalau betul2 Neelofa dah ada bf

  4. Wanita paling drama! says:

    Terlupa nak photoshop gambar ngan Jay!! Cis

Leave a Reply

See also: