Sesat Dalam Cahaya

I jarang sesat-sesat ni. Sebabnya I selalu buat plan yang baik sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Al maklumlah, I kan avid traveler, selalu berbag packing ke negara-negara Eropah. Jadi, I selalunya akan print kedudukan tempat yang I nak pergi, dan pastikan lokasi stesen Metro ada kat dalam tu. Barulah I ada landmark untuk dijadikan rujukan. Al maklumlah, lokasi bandar-bandar Eropah ni, banyak dijaringkan dengan Metro.

Lepas tu pula sampai zaman smartphone kan? Lagi lah mudah. I akan download application maps untuk dijadikan rujukan. So, just perlukan alamat dan talian internet jer. Pernah sekali tu I pergi Jerman, so nak roaming data kan mahal. Waktu tu I guna android phone, bukan iPhone puteh as seen on latest video clip. Latest pun tak latest la, panas-panas kat Malaysia ni, I jadi malas nak buat video, tambahan pula internet rumah I slow sangat. Oh, fasal android phone tu kan, dekat Appstore, eh bukan appstore dipanggilnya kat android. Apa tuh? Android Market yek? Dulu I ada jumpa satu apps maps, yang memang boleh download peta sesebuah negara tu.

Jadi senang lah kalau nak guna map, sebab GPS masih lagi guna. Jadi bagi I, sesat itu bukan lagi masalah tau. Itu lah kan, dengan teknologi canggih merata alam sekarang ni, senang nak pergi mana-mana. Takyah dah bawak Tomtom…. oh, itu I kat sana panggil Tomtom lah, sini panggil apa yek? GPS Navigation?

Anyway… dengan smartphone nih mudah, tak yah tomtom dah pun, yang besar bagak, guna ja kat telefon. Kalau rasa mata tak jelas, boleh jer nak guna apa tuh? Oh, tabs. Senang nak ke mana-mana. Even sister I pun cakap, hari tu, dia jalan-jalan pantai timur, dia boleh pilih jalan-jalan yang scenic sebab dah boleh tengok jalan dalam peta.

Mana ada lagi sesat…

Apa?

Ya la kan, you suruh cakap fasal sesat dalam cahaya kan? Guna ja apps apps yang ada ni, ada cahaya ke, takde cahaya ke, beres, boleh tahu ke mana nak dituju.

Eh…

Apa?

Ya lah, sesat dalam cahaya lah.

Ah?

Oh… you maksudkan kesesatan rohaniah ke? Bukan amik maksud literal ek?

Oh.. kalau macam tu sesat dalam cahaya tu… er….

[lalu lutut menghentak bumi, tapak tangan menjadi pasak dari badan terus rebah ke tanah, air mata mula bercucuran]

I…

I……


3 Responses to “Sesat Dalam Cahaya”

  1. Alien yg menyamar sbgai ulat beluncas yg menyamar sebagai swan putih yg sangat menawan yang menyamar sebagai alien comel yg mempunyai mata bersinar-sinar says:

    Wow!!!!!!!! Kelessssssssss sgt!

  2. tulip says:

    ingat sesat ape la tadi.lol. :P

  3. WaWa says:

    kat malaysia panggil papago. hahaha… serious.

    tak best. tomtom juga best. ce try papago tu.

Leave a Reply

See also: