Sebulan

 

Lagu latar: Labrinth – Earthquake

Dah segenap sebulan balik ke Malaysia. Alhamdulillah, takde demam ke apa. Cuma jerawat ja bertumbuh. Ini jerawat, mungkin kerana banyak makan makanan berminyak juga ditambah dengan cuaca kat sini yang high humidity. Bukan jerawat gatal. Well, motip la kan jerawat gatal hanya bertumbuhan di Malaysia saja kan? Kat UK dulu tak tumbuh pun? Takkan balik Malaysia mencanak-canak kegatalan kan?

Anyway..

Sedih sebenarnya nak blah dari UK hari tu. Tapi once kat Malaysia, cepat jugak aku adapt. Bagus jugak aku start kerja awal kat USM nih, jadi banyak sangat aktiviti menarik yang boleh dibuat. Sampaikan takde masa nak penuhi segala tuntutan sosial. Nih, esok, aku nak pergi sekolah kak aku. Bebudak 18 orang yang terpilih dari interview Pumpkin Crew hari tu, aku nak train untuk muzikal. Well.. sebenarnya bukanlah official activity pun. Just extra curricular ja. Sebabnya aku ni takde lah macam Halim, masuk dan arah teater ini dan itu. So, aku mula small scale sahaja, iaitu nak train bebudak nih supaya nanti boleh present time hari Ko-K.

Skrip tak habis lagi pun, padahal esok nak train. Nih, tengah dok run eksperimen pulak. Takpelah, ada malam ini untuk habiskan skrip. Tajuk muzikal ini ialah Snow White & Bujang Lapok. Ala-ala fusion gituh. Cerita merapulah. We’ll see.

Anyway, untuk yang tidak tahu, entri lepas tu ialah entri berjemaah bersama Naz, Halim dan Kak Dijah. Pi lah check blog diorang jugak :)

Oh, tak dapat lagi tarikh viva. Jom doa aku tak kena time bulan posa. Tahun ni 18 – 19 jam lagi posa kat UK, taknak pergi time tu..


Leave a Reply

See also: