define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Over lagi - Pagi Hari di Durham

Over lagi

Lagi entri over. Tapi takdelah accent-accent yang bebukan.

Entri tengah malam.

Frisbee

Ada tak bebudak atau warga USM yang terasa nak main baling-baling Frisbee? Kalau nak, bagitau. Ajak 2-3 orang kawan lagi ka, boleh kita pi main kat padang USM. Ini juga seruan kepada fangirls dan fanguys. Asyik bagi senyum-senyum mesra ja bila terserempak, I mula dah rasa macam I terperasan lebih. I… over okeh.

Viva

Mahadi dah dapat tarikh viva dia. Tengah bulan ni. Aku tak dapat lagi. Hari tu supervisor hantar email cakap yang external examiner tak dapat lagi pun copy thesis aku. Well, sebenarnya tak lah kisah pun sebab dah ada kat Malaysia. Seriously, aku dok komplen-komplen pun, sebenarnya sangat mensyukuri nikmat duniawi di Pulau Pinang ini.

Makan sedap. Time pun okay. Dapat la adjust tidur around time macam ni dan bangun pukul 6.30 lebih [mak/abah kejutkan]. Over kan? Dah tua-tua pun mak kejutkan lagi. Tak jugak. Sebab dok rumah, tu sebab parents kejutkan. Time ni la nak manja-manja.

Hari tu nak pergi Sungai Petani dengan Fiki, mak aku pesan ini dan itu.

Aku cakap, ‘mak… tak pa aih, bukannya sekolah menengah..’

Mak aku gelak, sebab dia sedar yang dia bagi nasihat macam waktu aku time sekolah menengah. Well, tak kisah pun. Aku pun bajet-bajet aku 21 tahun macam tu. Over kan?

Kahwin

Sekarang pun tidak kisah bila orang bercakap fasal kahwin. Asyik pergi banyak kenduri sejak kebelakangan ni, maklumlah cuti sekolah, terus aku pun plan, kalau time aku kahwin, aku nak ada satu sesi pukul 12-1 petang, mahu ada slot pengantin lelaki memasak. So, aku nak buat spageti cili kering. Oh, kiranya ada stage special lah kan kat area memakan tu supaya pengantin lelaki yakni aku boleh bersosial dengan tetamu dan sahabat handai di samping memasak. Makanan kira sapa sampai dulu, dia dapat lah. Berangan….

In contrary, untuk memvariasikan jawapan soalan tentang nak kahwin, aku akan mula berikan jawapan-jawapan yang lebih kreatif. Misalnya waktu wa aku tanya hari tu, aku bantai jawab, ‘nak kahwin dua terus wa, macam mana?’

Terus gelak wa aku. Terus over lagi dengan menambah, ‘nak satu Melayu, satu lagi UK’. Motip kan?

Wa aku cool ja. Tapi ya la kan, kebanyakan wanita kan anti sikit bila lelaki nak kahwin lagi satu, so lepas ni kalau kena tanya lagi soalan tu, aku bajet akan jawab sedemikian rupa. Baru meriah sedikit suasana. Boleh?

Anyway.

Nak minum susu, gosok gigi dan tidur. Esok kerja. Dan cadangnya nak mula guna gym USM.

Night night

 


6 Responses to “Over lagi”

  1. nadia says:

    nak join!!!!

  2. Saya membesar kat Pulau Pinang dulu =) ayah ajar kat USM. Suka USM. Cantik!!!! Ada 3 pool, kitorang panggil Papa Pool, Mama Pool, Baby Pool. Ikut ranking size.

    Anyway, memang over lah entri ni & entri sebelum kan.. Enjoy pulak baca. =B

  3. Machina says:

    ada ka menatang frisbee tu kat sana?

  4. mahir says:

    untunglah ada yg tanya pasal kawen.

    org asik tanya saya ”dah keje ke belum? ke baru habis universiti?’ pengsannnnnnnnn

    lepas tu yg dah tahu saya kerja akan tanya ”umur berapa ni?” motipppp

    agaknya depa tgk saya mcm budak. *bunyi cengkerik*

  5. Amri says:

    Nadia, kumpul 2-3 orang. Minggu depan kita main kalau korang takde exam.

    Ala Sophie, korang memang.. suka entri-entri over ni (sambil menjeling pada Mahir yang motip sangat meroyan sebab orang salah anggap muda)

    Mahadi. Ada ja weh. Nanti aku pi cari kat Tesco.

  6. Alien yg menyamar sbgai ulat beluncas yg menyamar sebagai swan putih yg sangat menawan yang menyamar sebagai alien comel yg mempunyai mata bersinar-sinar says:

    Entry ni mcm tak le over sngt mcm yg sblum ini. Ala2 je la…

Leave a Reply

See also: