define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Over - Pagi Hari di Durham

Over

Okeh, kan ke orang-orang kita selalu anggap bila balik dari overseas, terus jadi over. Kan? Macam tak tahan panas etc. So, ini entri yang menyimbah ke arah mentaliti tersebut, ditulis dengan gaya yang over. Sila baca dengan accent omputih untuk tambah lagi impaknya. Bacalah juga dengan nada yang maskulin.

#1
You all ni, drive tu bukan nak bagi indicator. Oh, I mean, signal. I ni penat, tak tahu yang you nak ke kanan ke, nak terus. Nanti I press minyak, tetiba you masuk, susah la I kan?

#2
I ni dah risau okay. Bila buka radio, bunyi Mang-lish sangat lah. Habis I punya accent British nanti hilang. Ingat senang nak pedo-pedo bunyi qalqalah dekat perkataan macam ‘it’, ‘mate’, ‘don’t’. Terpaksa I streaming online radio UK, Capital FM nak sucikan balik telinga I.

#3
Ish, you all ni, gula banyak sangat lah. Manis sangat minuman-minuman tu. Kan ke bagus kalau setakat sikit-sikit saja gula. Bak kata apa tu, yang tambah-tambah gula dalam senyuman tu… aish.

#4
You ni kan, cuba lah bagi chance sikit kat pejalan kaki. Kesian diorang berdiri depan zebra line tu, tapi you all tak bagi diorang lintas. Dah la panas. You all dalam kereta, aircond ada, kesian la sikit kat diorang sikit.

#5
I tak faham betul lah. You mengadu yang you ada problem, tak tahu nak beritahu siapa, sekali you call radio, cerita fasal masalah you kat DJ. I tahulah kita konsep 1Malaysia pun, tapi takkan cerita dalam kelambu nak cerita kat satu Malaysia?

 

Anyway….


6 Responses to “Over”

  1. mahir says:

    o_O

    Bunyi cengkerik** (selesai membaca)

    Uolssss, over betei ;p

  2. Alimi the solarmatahari says:

    Memang terbaik..btw…abg buat video tu pakai software ape?

  3. Alien yg tak suka panas tapi suka makan sayur sambil berbaring-baring di tepi Sungai Thames sambil menghirup English tea gitew says:

    Over yang ala2 sangat relevan occay! I loike!

  4. Amri says:

    Kan Mahir kan?

    Alimi, guna Adobe Premiere

    Alien, motip nama lebih panjang dari komen????

  5. Alien (nama pendek) says:

    Kelles kan nama penuh i tu?

  6. Nisa says:

    Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan gula dalam senyuman.

Leave a Reply

See also: