Drive By

KENAPA TIDAK PROPOSE?????????

Aku menjerit dalam hati.

First of all. Mengembed video Vimeo sebab Youtube kena block kat USM. Katanya pada weekend sahaja Youtube boleh dilayari. Kira okay lah jugak kan. So next time kalau nak release video, kena release time weekend supaya student USM boleh tengok. Noted.

Aku baru tengok ja video ni, lagu ni dah dengar banyak kali dah kat radio. Macam tengok romance comedy movie in 5 minutes. Tapi geram sebab ending dia tidak propose.

Cit, typical sangat mentality kan? Padahal kekonon nak go against the stereotype. Oh, memula nak tulis perkataan ‘norm’ tapi tersedar yang salah. Not going against norm, just going against stereotypes. Norms is culture, value in a society. Stereotypes is expectation that exist through cultural standard – such as kalau dah kerja kat unibersiti tu, muka pun cemcomel, takkan taknak menikah lagi. Begitulah.

Anyway [terus menukar topik atas],

supervisor aku kat UK berpuas hati akan planning research yang terkini. Ya lah, dah mula kerja sini, kenalah produce paper. I hated it. Tapi dek kerana sekarang tidak ada pressure untuk hantar sebagai thesis, dan dengar-dengar kata, ahem, ada imbuhan kalau dapat publish dalam journal, maka demi menunaikan impian untuk berbagpacking di Eropah lagi, jadi, bolehlah jadikan sebagai pendorong untuk publish paper.

Weekend ini plan awalnya nak gi buat aktiviti kat sekolah kak aku. Tajuk aktivitinya agak keji, which is ‘The Crew’ ataupun tajuk panjangnya ‘(Amri’s looking for) The Crew’.

Ah taklah, bukan untuk aktiviti Youtube. Tapi sebab later, aku nak buat aktiviti macam English Camp, so nak select among Form 6 students nih, sapa yang boleh jadi crew and participants. Nak buat ala-ala The Apprentice lebih kurang. Petang ni, aku gi rumah kak aku untuk perbincangan lanjut.

Anyway…. time to get back to work.


Leave a Reply

See also: