Bagaimana saya kekal comel dan muda remaja

1
Membaca ketika makan. Biasanya ketika makan tengah hari di rumah bonda, saya akan membaca komik-komik sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Komik-komik yang dibaca ialah Dik Cerdas, Detektif Conan dan Dr Slump.

2
Masih lagi bersemangat menonton Sentai series yakni Power Rangers Jepun. Lagu-lagu tema untuk siri-siri tersebut juga biasanya dihafal walaupun bukan secara keseluruhan. Kemudiannya bolehlah menyanyi bersama anak-anak menakan sambil harmoni.

3
Apabila ke kedai runcit, saya akan membeli cekedi-cekedi yang selalu dibeli tika kanak-kanak dulu. Cekedis seperti Mamie Monsters dan keropok yang seperti Ring Ring yang pernuh salutan merah MSG itu menjadi kegemaran saya.

4
Di kala anak menakan menonton Dora The Explorer, saya turut juga menonton walaupun berpura-pura berbaringan di kusyen. Selalunya saya akan jadi budak nakal kerana bila Dora memberikan arahan seperti. “Kawan-kawan, sebut pull.” Saya akan kata “push!”, ataupun bila Dora tanya soalan yang begitu obvious seperti, “kawan-kawan, apakah warna beg itu?” sambil beg berwarna merah dipaparkan, saya akan jerit “biru!”

5
Apabila saya terasa hendak main game DS pada tika anak menakan sedang main, saya akan gunakan kuasa veto dan merampas game tersebut daripada tangan mereka. Huahuahua.

Begitulah cara saya kekal comel dan muda remaja :D


6 Responses to “Bagaimana saya kekal comel dan muda remaja”

  1. Alien yg tidak comel lagi tidak muda remaja says:

    Sedang memikir strategi untuk mengkopipes!

  2. Bagaimana saya boleh tersentap dengan tajuk entri ini sambil klik untuk membaca? Urgh~

  3. tulip says:

    Ring Ring mmg sedapp, tetapi ianya meninggalkan kesan yg mendalam terhadap warna gigi sejurus kemudian.haha

  4. Rin says:

    Nangis tengok tajuk entri.. :’)

    Hahahaha.

  5. Amri says:

    Kaaaan (respon untuk semua komen yang ditinggalkan)

  6. Eetnayrah says:

    saya masih mengamalkan gaya hidup 1,3 dan 4.. hehehehe. =)

Leave a Reply

See also: