Automatic

Melawat blog ini untuk menghilangkan Monday blues?

Memula lagu Nicki Minaj yang agak rancak – Automatic

Keke. Disebabkan weekend lepak kat rumah parents aku, jadi tidaklah ada modal-modal untuk meng-over. Sekadar sopan-sopan sahaja.

Mahadi, kakak kafe Bakti sudah tidak ada di sana. Agaknya sudah berpindah kerana kecewa bila kita meninggalkannya? Rasa nasi goreng pun tidak sama. Sudah tokey lain. Tapi, rega masih boleh diterima. Dalam RM3 sahaja. Sekarang ni kalau makan kot lerah Penang, rega standard ialah RM5. Di saat itu, convertlah ke duit pound sterling. Baru satu pound. So taklah rasa mahal kan?

Hari tu aku jalan-jalan pusing USM. Terkejut bila banguna tersergam indah tetiba ada dekat belakang library. Rupanya library no 3. Kata budak debat, library tu takde buku, setakat untuk pelajar pergi study. Yang aku terkejut sebab terasa macam tetiba saja ada. Ya lah, walaupun aku selalu gak gi USM waktu balik cuti dari Durham dulu, tapi tak lah jalan kot area tu.

“Korang sekarang senang, ada laptop, ada wireless. Time-time saya dulu, sorang ja ada laptop,” tiba-tiba aku tarik ayat tu dengan bebudak debat, dan terus terasa tua sekejap. Tapi dek kerana aku cool dan comel, jadi senanglah nak mesra dengan bebudak debat. Azimah, budak debat batch sekarang ni, selamba ja minta tolong aku bawa dia dan Nana gi airport. Terus diorang kena belanja aku sebagai balasan.

Oh, aku dok bercadang untuk ke Debat Alam Sekitar dekat UM, 29 haribulan nih. Tak tahu akan stay sampai bila, tapi boleh lah gi cari rerakan kat KL (Naz, I’m looking at you!)

Anyway… entri kali ini tidak berapa gedik. Harap anda tidak kecewa.

Till then.. ciao

 


9 Responses to “Automatic”

  1. tulip says:

    cool dan comel.hmm, ok. =p

  2. Machina says:

    Oooh… nasi goreng ayam dah tak ada (kecewa). Dulu nasi goreng tu penawar dikala duka. Sanggup ku berdepan akak muka serius tu asalkan dapat menikmati nasi goreng itu. Sigh…

  3. kafe bakti? kenapa family saya panggil desa bakti eh?huhu. dulu-dulu ada kuey tiaw sup paling sedap di alam semesta kat sana. sekarang kalau pergi lagi dah takde.

    cool dan comel? Pejam mata buat-buat tak nampak ayat tersebut.

  4. naz in putarjaya. so u looking at the wrong person. pft

    anyways. am, hang tulong survey tie USM. ku nak pesan. tulong tinguk rega brp. nnti ku kirim uangnya.

  5. Amri says:

    Sorry Halim, I tak biasa geografi KL/Putrajaya. So tak tahu.. :P

    Mahadi, tapi dah rasa balik semalam, macam nasi goreng dia sama lagi. Maybe kakak tu ja takdak kot. Dan rekabentuk kedai yang diupgrade itu mengaburi mata aku mengatakan tukar tokey kedai.

    Sophie, kafe bakti lah dekat Desa Bakti Permai. Kafe Harapan kat Desa Harapan. Eh, macam ada lagi ja koew tiaw sup tuh. Bau sama ja, walaupun saya tak rasa lagi.

    BTW, kalau dah 2 orang mengulang, tak bertepatan dah dengan konsep ‘pejam mata buat-buat tak nampak ayat tersebut’.

  6. HOI BERAPA DUIT TIE TU HOI??

  7. Amri says:

    Hoi, aku tak perasan rupanya request ko tu. Nenanti kalau tersampai kaki, aku tengokkan rega

  8. Alien yg tidak tinggal di KL mahupun di Durham tetapi selalu terkejut dengan kehadiran library no 3 says:

    Awwwww…… sweetnya uols ni……..

  9. mimiess says:

    sweet thp gaban frenship 2 hamba Allah ni.
    like! >_<

Leave a Reply

See also: