Teh UK

Baru saja meneguk segelas teh. Beli kat Tesco Sungai Petani. Ada satu teh ni, memang dia dari UK, ada jual kat Tesco Malaysia. Hari tu tak bawak balik, so sejak 2 hari lepas mula mengidam teh ini. Mujur dapat juga akhirnya hari ni. Phew.

Tapi, mahal gila barang-barang kat Malaysia. Rasa macam sama harga ja dengan UK, dan ada lagi yang lebih mahal selepas conversion. Ayam sekilo RM10 untuk drumstick/wings. UK pun kalau kat kedai halal, kalau beli part legs, dalam 1.90 pounds sterling (dalam dekat RM10 jugak).

Yang sedikit segannya ialah sebab mak dan ayah aku memang berjimat cermat, dan diorang makan la apa yang ada. Anak dia ni, sejak tercampak ke UK, makan sesuka hati selagi elaun tak habis. Tapi itulah, sebab kat UK pun, raw material dia pun, taklah mahal sangat… so..

Anyway, those are things I need to re-adapt lah.

Yang perlu re-adapt juga ialah cultural stuff. Nasib baik sekarang sudah kenyang dan baru kena teh UK, jadi mood sangat baik. Pagi tadi, dikala kelaparan, aku emo dan terus meroyan sekejap, tulis blog tapi tak post, fasal orang-orang yang start tanya fasal kahwin.

Mak aku tanya tentang sorang kawan aku ni. Aku bagitau, yang aku dah lama tak contact dia sebab asal bersembang kat Facebook time aku kat UK dulu, dia asyik tanya fasal kahwin. So begitulah pendekatan aku yang agak kejam :P Sapa tanya fasal kahwin, terus aku malas nak layan. Mudahkan?

 

Kat rumah sekarang internet slow sebab waktu aku takdak, ayah aku downgrade streamyx dari 512Kbps kepada 284Kbps. So memang terasalah lambatnya. Takpalah. Nak upgrade pun, tak start kerja lagi, dan taknak menyusahkan ayah aku. Itu sebab semangat untuk bekerja sebab nak upgrade streamyx.

Anyway…


2 Responses to “Teh UK”

  1. Okey, terima kasih memperkenalkan teh UK. Nanti nak cuba jugak. Sabar lah bro. Mak saya lagi best.Suruh kahwin cepat! Dia kata kalau pi UK nanti dah jumpa calon sesuai kahwin je kat sana. Dia risau. Apakahhhh? (-_-’) Sabar jelah kan. Tapi bro kan lelaki. Belum cukup umur 30 kira okey lagi lah membujang.

  2. Amri says:

    Silalah. Kat Tesco pun ada diorang import sekarang ni, so kalau nak membiasakan diri, bolehlah try. Kot-kot tak suka, bawalah teh Lipton nanti

Leave a Reply

See also: