Si Tenggang’s Homecoming Part II

Dalam train sekarang ni. Sambil mata melempar pandang ke luar tingkap, baru lepas lagu-lagu melankoli dimainkan di earphone di telinga, sekarang menaip di blog meluah rasa.

Sebaik sahaja aku dapat kelulusan, sebaik sahaja aku sudah tetapkan tarikh untuk pulang, terus rasa hati ini tidak keruan. Agaknya baru dapat kesedaran yang aku bakal langkah keluar dari gelembung besar buih ini yang sudah lama aku terbang dengannya.

Bukanlah risau. Bukanlah takut. Cuma biasa manusia, bila sudah lama selesa di satu kedudukan, sedikit gementar bila bakal berlaku perubahan. Dan aku tahu ini bukan rasa aku sahaja. Orang mahu berubah negeri di Malaysia pun bisa rasa yang sama. Apakan lagi aku yang berubah negara.

Biasalah. Aku ini dramatik. Orang senyap-senyap sahaja bila rasa-rasa begini. Aku luahkan di blog.

***

Aku kaku seketika. Tiba-tiba hati ini terasa kusut untuk bersuara.

***
Lama mata aku dibiar merewang ke luar. Lihat kawasan kejiranan dengan rumah-rumah bata berwarna merah, tidak bersimen seperti di Malaysia. Lihat kawasan rumput dan tanaman. Lihat pokok-pokok hijau. Dan baru saja lepas padang yang penuh dengan kuda-kuda. Dalam kurang lebih 20 ekor.

Saja. Saja aku guna ‘kurang lebih’. Jadi titik pertikaian aku, Hasnol dan Hafidz tempoh hari. Bila orang kita guna ‘lebih kurang’ tapi orang mereka guna ‘kurang lebih’. Saja. Saja aku hantar mesej pada Hasnol dan Hafidz dengan mesej berbunyi ‘Aku kan sampai durham 3pm then akan gerak ke Dundee lepas tu…’ Tidaklah cukup nahu Bruneinya tapi kan ada sikit-sikit struktur ayat mereka.

‘Wah, lembu-lembu hitam. Dua kelompok pulak tu’, itu aku jerit dalam kepala otak.

‘Kenapa banyak sangat kunci?’ tanya Putri semalam bila aku jumpa dia dan dia nampak gugusan kunci aku.

‘Oh, yang ni kunci pedal ayam’.

‘Pedal ayam?’ tanya Putri kehairanan, tidak pernah dengar istilah itu agaknya.

‘Mangga,’ aku ketawa. Tiba-tiba terpacul pula istilah Kedah dalam bual aku. Mestilah. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Dan aku rasa itu sebab aku rasa melankoli ini.

Kerana aku sudah jatuh di bumi hijau kuning itu. Tapi aku juga jatuh, rebah, menangis, ketawa, melompat dan berguling-guling di bumi permaisuri ini. Dua-dua tempat buat aku rasa suam-suam kuku di dada.

Dan aku manusia, sekadar gementar akan perubahan.

Aku bisa tersenyum sedikit. Mujur dalam kereta api ini tidak ramai orang, jadi bolehlah kalau hendak berdrama sambil membayangkan ada kamera sedang long shot dari luar tingkap kereta api dan kemudian berubah kepada face shot dari sisi, menggambarkan reaksi muka aku yang menjengah ke luar tingkap.

Well Malaysia… I’m coming home.


5 Responses to “Si Tenggang’s Homecoming Part II”

  1. LARIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

  2. Naz says:

    Selamat pulang, Doktor!

  3. Aishah penulis vd says:

    Welcome back to Malaysia, Br.Lutfi!
    me, on the other hand will fly off to uk this september, insha’Allah. so if you don’t mind, I’d like to ask you…Do you have any friends who are staying in London & (who you think) are kind enough to offer helps and give their warm welcome to me, before departure and upon arrival in London? -I’ll be studying at King’s (strand campus) & will b traveling alone. i’d really appreciate if you can help me (regarding this Q). tq :)

  4. Amri says:

    Halim, kenapa tiba-tiba larik?

    Naz, technically not a doctor yet. That’s the hope though

    Aishah, good to hear that. To be honest, I do not have any friend in mind. Adalah 1 or 2 Malaysian friend yang rapat but not in the sense I am willing to ask them the favour. Most of my friends in London are Brits. Hope you appreciate my honesty. On the other hand, as I know London quite well as I have live there before, please feel free to ask any questions. I will try my best to answer them. Thanks

  5. Aishah says:

    I see. It’s ok, br. lutfi. I do appreciate your honest answer..hii. Thank you. I’ll go on searching for other acquaintances..May I find one. lol. I have but a hope that everything will go well. 3 months to go, and I am nervous. ^^

Leave a Reply

See also: