define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Penuh drama - Pagi Hari di Durham

Penuh drama

Untuk entri hari ini, marilah kita buat perbandingan antara style Mahadi hantar thesis dengan aku hantar thesis.

So, touch-up thesis tak habis-habis. Itu masalahnya tesis sebab dia tak de paksaan deadline. So, selagi boleh, selagi tu rasa nak betulkan.

Tidur dah pukul 7 pagi dah tadi. Bangun dalam 9.30 lepas tu sambung menaip dan betulkan apa yang patut. Niat di hati, lepas pergi Solat Jumaat, pukul 2 habis, gi office dan print semua. Sempatlah hantar sebelum pukul 5.

Sampai kat office pun betulkan sikit lagi dan print. Print kali pertama, selak selai-selai, pastu nampak beberapa part yang macam tak berapa betul. So, betulkan dan print for real. Lembab la jugak sebab sampai dekat 170 helai. Nasib baik laser jet printer. Kalau inkjet matilah.

Lepas tu pergi pulak print kaler dekat ITS a.k.a pusat komputer. Lembab gila! Pukul 4.15 baru habis print kaler. Camna nih, sempat tak nih nak lari ke SPA punya bangunan pulak?

Susun pulak thesis tu, bagi mix kaler dengan tak kaler. Dah pukul 4.30.

Berlari ke main office, ada mesin binding kat situ. Adalah seorang akak india ni tolong ajarkan guna. Tetiba terasa macam nak menyebai kat situ sebab menyedari yang binding ni proses yang lama dan takleh nak tekan-tekan sesuka hati. Pukul 4.40 baru 1/2 daripada first copy. Ada 2 copy thesis yang kena hantar. Dalam 4.50 baru siap satu. Terus berputus harap untuk menghantar hari ni sambil rasa sangat tidak sempat.

 

Tapi tiba-tiba terasa untuk menelefon SPA, kot-kot diorang boleh tunggu. Yang tak bestnya sebab hari Senayan ni bank holiday, so kalau nak submit pulak kena hari Selasa. Yang lagi tak best, kalau tak submit, tak dapat surat pengesahan kata dah submit, takleh nak hantar surat pada USM mintak tiket balik.

Orang SPA angkat. Dia kata lagi 3 minit nak tutup. Dia kasi nombor orang yang uruskan bab-bab tesis ni. Call dia. Dia cakap 1 minit lagi nak tutup. Try tanya kot-kot dia boleh tunggu. Dia kata takleh.

Aaaah!!!

Kembali pada mesin binding dan habiskan binding. Cepat ja masuk-masuk binding ni bila dah tak rush.

Melangkah kaki dengan laju ke SPA kalau-kalaulah diorang stay lagi, tapi ala-ala cakap balik awal.

Tapi ini UK. Berlalu depan SPA pukul 5.15 dan pak guard menutup pintu utama.

Kecewa.

Kena tunggu Selasa baru boleh submit! Kena hantar surat kat Dekan bagitau tak sempat submit! Aaah!

Sigh.

Penuh drama kan?

 

 


One Response to “Penuh drama”

  1. birutulip says:

    attached sekali post ni kat dekan.kompem dia paham.hehehe;D

Leave a Reply

See also: