Pangkat itu

“Welcome back Dr.”
“Tahniah Dr”
Ada banyak jugak la kawan-kawan aku yang dok ucap macam tu. Aku balas, aku kata aku belum lagi Dr sebab tak viva dan tak pass lagi.

Diorang kata, takpa, kiranya doa la tu.

Esok lusa, lagi, diorang panggil lagi ‘Dr’.

Aku kata, tak Dr lagi.

Diorang kata, takpa, nanti jadi la tu.

Okay, half of me is insecure. I admit that.

Tapi kengkadang pelik dengan logika manusia.

  • Mahadi pun dah submit tesis dia. In fact, seminggu lagi awal daripada aku; dan 5-6 bulan lebih cepat daripada aku dari sudut tempoh pengajian, sebab aku start awal daripada dia; tapi disebabkan dia tunggu viva kat UK, dan tak jejak lagi kat Malaysia, takdela kan orang nak panggil dia Dr
  • Dia ceritanya macam ni. Kalau aku panggil korang-korang yang perempuan ni Puan, sedang korang tak kahwin lagi (tetambah lagi, lagi muda daripada aku), sukakah?
  • Juga seperti ini, kalau korang nak pergi haji, baru ja duduk kursus haji, takkan nak panggil haji kot? Atau kalau lebih tepat, baru ja tengah buat tawaf qudum, pastu telefon kengkawan di Malaysia, diorang panggil ‘Haji’. Rasa bestkah?

It is as simple as this, pangkat is pangkat. Kalau memang dah dapat kelayakannya, kalau dipanggil pun, taklah rasa janggal. Kalau belum dapat lagi, rasa pelik dan serba salah. Bukan menolak doa. Tapi kalau memang tahu itu gurauan, tidaklah rasa gembira. Umpama baru bangun tidur, ada orang datang rumah dan berkata, ‘oh my God, you look amazing!!’. Motif?

Kalau orang balik Mekah pun ada yang taknak dipanggil haji sebab diorang tahu yang penerimaan haji tu bukan pada sandaran mata manusia. Maka, terpulang pada masing-masing lah.

Dan aku, bukan saja memang tak dapat lagi pun; aku ni diasuh dengan budaya barat. Budaya barat tidak biasa memanggil orang dengan pangkat Dr mahupun Prof. Sekadar nama. Biar di mata mereka, manusia ini sama sahaja tidak kira apa pangkatnya.

Ironi bukan? Bukan itu nilai Islam kah? Takkan hanya setakat di masjid baru kita mahu rasa yang kita ini sama, tapi di luar masjid; aku ini lebih mulia daripada kau?


7 Responses to “Pangkat itu”

  1. birutulip says:

    haha.bgn tido look amazing, mmg motip sangat la tu. ;D

  2. Machina says:

    Feels sorta relieve not to be home yet. Don’t want to deal with that stuff…

  3. mahir says:

    bahekslah lutfi (by day) and amri (by night)

    :p

  4. tra says:

    dah biasa orang puji aku lepas aku bangun tidur. tak sentap.

    sentap, bila dah mandi, dah bangun tidur berjam lama, dah pakai smart-smart dan orang tanya ‘baru bangun tidur ke?’

    cis.

  5. Aaaaa.. senyum aje biarpun dalam hati rasa macam kena cucuk dengan lidi tumpul.. (tumpul sebab taklah sakit hati sangat-sangat pula kan) *hiperbola yang over betul!*

    btw suka komen tra. =B

  6. Amri says:

    Kan Naz kan? Hehe :P

    Abg Tra, rambut tu… cer boh gel sikit, baru orang tak kata baru bangun tido :P

Leave a Reply

See also: