Monitor

Monitor laptop tetiba buat hal. Tiba-tiba bergetar dan shaky.

Terus kesedihan. Sebabnya laptop aku, walaupun dah 3 tahun usianya, tapi masih lagi okay. Kira, laju la jugak untuk program ini dan itu.

Mari kita ke perbincangan teknikal.

Sepanjang pengalaman aku, ada beberapa kerosakan yang dikaitkan dengan monitor.

1] Kalau monitor tak menyala, kena check sama ada CPU berjalan ke tak. Kalau CPU pun tak proses, takde bunyi kipas kalau laptop, takde bunyi ‘toot’ kalau CPU computer, tu maybe rosak motherboard, dan bukannya monitor tu sendiri. Kalau kes ni, teruk la sikit, sebab motherboard biasanya mahal.

2] Kalau kes macam aku, imej monitor dikira rosak, shaky, bzzzz, dan sebagainya, apa yang boleh dibuat ialah dengan guna external display. Nasib baik kat rumah aku ada monitor lebih. Jadi aku cucuklah monitor tu pada laptop dan output kan display kepada external monitor nih. Kiranya, imej dah tak keluar kat laptop punya monitor, sebaliknya dekat monitor luar sahaja [seperti dalam gambar di bawah]

Dan gunalah external keyboard supaya lebih selesa. Kiranya laptop tu, ditreat jadi CPU sajalah. Bolehlah tahan lagi 2-3 tahun kot :]

 

 


2 Responses to “Monitor”

  1. Nisa says:

    Lama tak jenguk sini, rupanya dah balik Malaysia.. Selamat berkhidmat sebagai tenaga pengajar :)

  2. Ikah says:

    sony vaio abg amri ye yg monitor shaky tu?

Leave a Reply

See also: