Mockingjay

Let’s do random!

Mockingjay

Buku Mockingjay dah aku abis baca 2-3 hari yang lalu. Malam pertama sampai kat Malaysia sebenarnya, takleh tido, so habiskan baca sebab dalam flight, pada waktu aku berjaga, aku sambung baca. Plus dok travelling sikit lepas submit, kalau atas train, aku baca lah juga, atau dalam bas.

I’m not going to spoil the story, so it’s okay. Aku taklah rasa tak best terhadap ending, juga tak rasa best sangat. Komen aku, endingnya agak abrupt. Tak berapa panjang. Mungkin lepas dah baca beratus muka tentang perit jerih Katniss, mahu juga baca moment dia calm down, atau juga sebab dia buat pilihan ini dan itu.

That’s basically it. Aku ….

Sesuatu yang dramatik baru saja berlaku di kala pukul 1.58 pagi ini.

Kilat berbunyi di luar. Hujan lebat bertukar pada renyai-renyai. Sambil menaip paragraph di atas, aku ambil karipap kecik yang tadi orang bagi pada parents aku waktu kenduri. Kunyah, dan jatuh sedikit isi karipap itu di atas lantai.

Jadi, aku berhenti menaip post ini dan kutip isi karipap yang terjatuh dengan tangan sambil mulut mengunyah. Aku berjalan ke dapur. Lampu tidak terpasang kerana lampu ruang tamu buat dapur tidak gelap sangat. Sekadar hendak buang isi karipap dalam bekas sampah di tepi sinki, dan kemudian basuh tangan.

Tapi..

Tapi…

Sambil aku hendak membuang isi karipap yang terjatuh itu, kaki kanan aku terpijak atas satu benda lembut yang berlendir.

Aku terus melompat ke belakang sambil mulut separa menjerit. Kalau ada orang melihat sudah tentu dikatakan pondan kerana menjerit disebabkan….

…katak!

Uwaaaa… nak balik UK. UK takde katak, dan internet kat rumah up to 15MBps hanya dengan 20 pounds sebulan (RM100)

 

P.S: Tidak bersemangat untuk meneruskan tulisan tentang Mockingjay sebab nak gi basuh kaki. Tapi katak itu ada lagi kat tepi bawah sinki :S


2 Responses to “Mockingjay”

  1. jue says:

    eeeeeeeeeeeee……………..boleh imagine…! geliiiiii

  2. Amri says:

    Kan?

Leave a Reply

See also: