Jump

Mula-mula sila baca entri ‘Penuh drama’ yang maybe korang termiss. Ada problem server kot, sebab beberapa komen terkini terpadam begitu sahaja, jadi sila jangan ambil hati kalau terperasan komen korang terdelete.

Hari ini bangun dengan perasaan yang separa best. Best sebab takyah fikir fasal writing. Tapi 2 ketul tesis kat atas meja bawah tu buatkan rasa hati masih belum puas disebabkan tak hantar lagi kat SPA.

But, day must go on. Hari ini perlu pack barang-barang sebab petang ni, Mahadi akan datang amik. Tumpang kontena Mahadi, jadi bolehlah bawa barang-barang yang besar balik ke Malaysia. Takde apa pun. Printer dan banyaknya barang-barang printing. Paper-paper yang dah diprint, tak bawak balik pun sayang jugak, nanti kena print lagi, tidak mesra alam. Or maybe, in future, dah kerja, boleh beli Kindle. Senang nak baca artikel. Tu la kan, patut invest duit hari tu untuk beli Kindle. Nih, gatal beli kamera segala untuk video clip. Tapi tapi, 2 video Youtube masuk TV3 dengan kamera tu, so takleh nak komplen juga lah. Hehe.

Anyhow… hari ni akan didedikasikan untuk packing. Lepas tu nak gi tengok Iskandar bungee jumping depan Castle. Diorang ada buat jumping for charity. Maybe lepas tu, kalau sempat, join dia untuk dia punya birthday celebration.

Sebenarnya kan, kalau ada kemampuan untuk senyap-senyap, aku nak diam ja fasal submit thesis ni. Dia perumpamaannya macam ni lah. Submit thesis ni macam baru lepas exam SPM. Nanti viva tu baru lah macam time keluar result. Kiranya, orang celebrate jugakan time ni, tapi dengan tak tahu lagi pass ke tak; so, takdelah nak celebrate gegila. Dan aku pun malas nak buat any celebration yang jemput kengkawan memandangkan akan busy packing hari ni.

Oh, gym membership ada balik, sebab aku dapat deal 10 pounds for 10 days. So, boleh lah pergi lagi :D


Leave a Reply

See also: