Give Your Heart A Break

Semalam aku drive pergi Kulim, nak jumpa kawan aku Rosmin [yang dalam video backpacking tuh]

So, buka radio, lagu ni dimainkan di Flyfm berulang kali. Nice jugak, so tak sat baru mencari kat Youtube sebab tak tau tajuk apa pada mulanya, tapi guna program Soundhound kat iphone aku.

Esok aku lapor diri kat USM. Ingatkan semester dah abis, bila check-check kalendar akademik tadi, rupanya ni minggu last study. Oh, makanya akan berjumpalah dengan bebudak USM kan? Hehe. I’m a tad excited.

Dah tanya bebudak debat, kata sorang nih, ada lagi pertandingan debat lepas ni. Yes, boleh lah pergi tengok-tengok training.

Walau bagaimanpun, jadual sosial penuh sekarang ni. Selain melawat adik beradik [a.k.a saudara mara], banyak gak kawan-kawan aku yang balik kampung weekend nih. Mirza balik sini, so dah ajak dia gi lepak Penang.

Hm… sebenarnya nak menggunakan pengistilahan yang lebih keji tadi, tapi dah ada kat Malaysia ni, dan bakal pulak menempek muka tu kat USM dan kafe-kafe siswa, haruslah jaga-jaga sikit.

Hari tu, dalam Facebook, kawan aku Zeah tinggalkan komen something like ‘mr popular makin bertambah popular lah’

Dan korang tahulah, kita ni geng-geng muda-muda [over kan perasan muda] memang la berseloroh over sikit, jadi aku pun menambah lah ‘of course, aku akan pastikan aku jadi pensyarah paling popular kat school aku,’ something like that, aku balas.

So I thought it stayed there [which is now, due to me writing here, perhaps I'll be hearing it again?]

Sekali pergi kenduri rumah kawan aku, kawan aku yang lagi sorang, yang tak pernah like status apa pun sebelum ini, tetiba mention part tuh.

Sentap aku di situ.

Anyway…

 

 


Leave a Reply

See also: