define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Sup Daging - Pagi Hari di Durham

Sup Daging

2-3 minggu kitorang pergi beli daging kat Newcastle. Kekonon aku pun beli sebab nak buat briyani. Tapi dek kerana tak cukup motivasi semalam aku pun buat kari dan sup.

Gigih okeh, buat sampai 2 mata. Sebabnya, niat di hati, kalau satu tak jadi, ada lagi satu sebagai backup.

Kari daging aku guna rempah Patak yang dah dibeli dari Tesco.

Sup ~ hah, ni first time nak buat properly. Korek-korek kabinet, ada sub bunjut yang due date dia tahun 2009. Buka paket, bau, dan … well, rempah ja kan. So apa salahnya? Lagipun, bukankah perdagangan Kerajaan Melayu Melaka dahulu ialah rempah, kerana sebelum tin dicipta, makanan nak biar tahan lama guna rempah? Ini cikgu aku dulu cakaplah. Maka dengan menggunakan logika tersebut, aku pun guna sup bunjut yang dah tamat tempoh 3 tahun lepas.

Arahannya, halia, bawah merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Kata nak buat sup tapi bahan pun tak tengok apa yang ada. Mujur ada halia yang mak Hafidz beli hari tu. Bawang putih ~ takdak. Bawang besar ada. So potong-potong, dan tumbuk dalam lesung. Lesung ada courtesy of Miza yang tinggalkan lepas dia abis Masters hari tu

Gambar: Bawang besar dan halia yang sedang ditumbuk lumat.

Lepas tu aku ikut instruction, adalah amik masa dalam sejam aku biar sup tu atas stove, sambil dalam hati risau takut nanti daging tak masak ke, terkeras ke.

Aku buat juga cabai kicap yakni cili potong-potong, tambah kicap tambah  limau.

Eating time. Mendapat approval daripada Hasnol. Srup srup aku hirup kuah sambil memuji masakan sendiri. Bukan apa.. selalunya kalau masak bebenda macam ni, jarang nak dapat ‘publishable’ result. So, ni kira okay la.

Yeay, dah tahu masak sup (walaupun menggunakan sup bunjut)!


3 Responses to “Sup Daging”

  1. Wanita lemah jantung says:

    PENGSAN tanpa perlu dimaklumkan sebab musababnya……………………………………………………………………………………………………………. *_*

  2. Penyelamat wanita lemah jantung says:

    hikhik!

  3. Keterai says:

    haha.. konsep backup dlm masakan.. cambest ni :)

Leave a Reply

See also: