Stucked

2-3 jam terstuck nak baca satu coding yang dibuat beberapa bulan yang lepas. Terasa sedikit baran dan mahu memecahkan mangkuk di atas meja. Sekadar untuk dramatik.

Terasa hendak buat pelarian ke gym, tapi nak habiskan juga satu chapter lagi, baru ke gym, baru rasa lebih lega.

“Yassir, wala tu ‘assir”, aku doa.

Dan ada rezeki, dapat pun lihat coding tersebut dan dapat pun result yang dikehendaki.

Alhamdulillah.

Tadi, sempat cuba satu program ini bernama Fruity Loops. Macam best. Program musical arrangement. Kalau menjadi ni, boleh buat lagu baru dengan backing track yang lebih best. We’ll see. Nanti dah submit baru nak try main bebetul.

Hari ni dekat Ustinov, diorang main semua filem pre-Avengers. Sesi pagi termasuklah Iron Men 1 & 2 juga Hulk. Petang nanti diorang main Captain America dan Thor. Mula pukul 6. Kalau aku ada keupayaan, aku nak pergi tengok. Sebabnya sekarang ni, pukul 5 petang dah letih. Sebabnya sejak kebelakangan ni bangun awal. Semalam bangun pukul 3 pagi, so walaupun baru pukul 12, dah semakin letih, tu sebab nak ke gym awal sikit. Plus hari ni hari last aku boleh guna gym.

Esok dah term baru, so membership dah abis. Dan aku tak patut nak subscribe dah memandangkan dah nak balik.

Okeh, nak sambung writing.

 


Leave a Reply

See also: