define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Special K - Pagi Hari di Durham

Special K

Tengah menjamah cereal Kellogs Special K Strawberry and Chocolate tika menaip entri ini. Kotak cereal ni sedikit tak best sebab ada gambar gincu. Memang Special K ni macam target marketnya wanita agaknya. Apalah… malulah jejaka-jejaka macho dan tak macho hendak pergi beli kat kedai.

Tapi disebabkan rasanya sedap, dan takde pesaing yang menawarkan produk yang sama, aku belilah juga.

Tiba-tiba aku teringat perbualan aku dengan Putri waktu aku kat London hari tu. Aku dok mencari lip balm yang berbentuk lipstik dalam beg aku. Putri kata yang tak sesuai lelaki pakai yang berbentuk lipstik, tapi dia sebut yang kawan dia, juga lelaki, pun ada pakai yang berbentuk macam tu.

Mula-mula penafian: Aku ni bukanlah peduli nak bagi bibir lembab dan kelihatan menawan (sentap baca balik ayat ni),tapi disebabkan UK ni, udara kering, tak macam Malaysia yang kadar kelembapan dia tinggi, jadi bila time cuaca sejuk, bibir cepat pecah. Itulah sebabnya pakai lib balm.

Seperti jugalah pakai moisturizer. Bukanlah supaya kulit kekal lembut seperti bayi. Dan tak pakai pun sepanjang tahun. Tapi bila cuaca sejuk, pasang pula heater, kulit kering, dan kemudian akan rasa gatal dan akan garu dalam tidur dan sakit lah esoknya. Maka kenalah pakai moisturizer. Itu pun diletak di paha. Bukannya tangan dan lengan. Haish. Too much information dah jadinya.

Berbalik pada perbualan dengan Putri, Putri suggest untuk guna lip balm yang dalam container tu. Biasanya orang calit guna jari, lepas tu letakkan di bibir.

Maka aku pun timbulkanlah persoalan, kalau dah calit petroleum jelly tu kat bibir, yang bakinya kat jari tu nak selet tang mana? (translation: calit di mana).

Dalam otak aku, kena cari tisu pulak, dan dah la tisu ni benda-benda jarang ada dalam poket. Dan dalam otak aku juga, calit dekat seluar?

Putri jawab, sapu kat tanganlah, dah dia boleh jadi macam moisturizer.

Oh ya ka? Tetiba terasa ‘dumb blonde moment’ di situ.

See.. next time kalau nampak lelaki-lelaki guna lip balm yang berbentuk lipstik itu, simpatilah kerana kitorang sebenarnya setakat nak mudah ja.

“Perasa apa?” Putri tanya.

“Ko ingat strawberry ke, cherry ke?”, sambil aku menunjukkan lip balm aku yang berlabel ‘fragrance free’.

*Dialog mungkin diubahsuai bagi kesan dramatik


3 Responses to “Special K”

  1. Machina says:

    Aku kan dah bagitau dulu, nak bagai lip balm tu kena angkat sebelah kaki, tahan di dinding/pokok/etc., dan sebelah tangan mencekak di pinggang. Pastu tonyoh la lip balm tu. Supaya imej jantan masih terpelihara…

  2. Machina says:

    oh ya, pasti keluar rumah dengan lebih yakin di spring dan summer ini dengan Kellogs Special K…

  3. Amri says:

    Tentulah, Kellogs Special K, membantu saya bersedia untuk musim panas :D

Leave a Reply

See also: