Petak

Lama tak call mak. Baru call tadi.

Mak aku macam biasa, risau kalau makan tak cukup. Dia cerita fasal anak sepupu aku yang kat Jordan, kat situ sebab belajar Bahasa Arab 4 bulan, pun tak makan nasik jugak. Macam aku, kitorang resort to bread. Well, biasalah, mak aku selalu anggap kalau tak makan nasi, tak kenyang.

Walaupun dulu waktu dia datang UK, dia tengok, sekali aku makan roti (time tu) sampai 8 keping, so dia pun memahami yang makan roti pun boleh kenyang. Ya lah, kalau kat rumah, roti Gardenia sebungkus tu, seminggu baru nak habis, satu family guna. Tak laku.

Jadi aku pun mengakhiri perbualan dengan meyakinkan dia.

“Jangan la risau makan, kenyang, berat pun tambah aih,” sambil berseloroh, “mak kena tengok lengan, dah besaq dah sikit la ni.”

“Hah, dok naik lengan, perut pun boroi..” mak aku membidas.

“Dak aih, perut petak!” Aku membalas.

Over kan?

….

This thing, let it be over soon. I need to go back and see my family again.

[Hopeful]


2 Responses to “Petak”

  1. Naz says:

    Gitew!

  2. Amri says:

    Hehe, saja bermanja dengan mak :P

Leave a Reply

See also: