Original

So, ramai juga orang yang tinggalkan komen pada video aku. Minta aku buat lagu sendiri. The thing is, aku tak reti main instrument. Dan nak acapellla, pun tak pandai. Tapi aku jumpa satu program ni yang boleh buat backing track. Tak senang juga. Kalau pandai main gitar ke, apa ke, lagi mudah.

Dalam awal bulan Januari, aku pun buat. Dan demo aku dah perdengarkan pada kawan-kawan rapat. Tapi sampai kesudahan tak diteruskan projek tu. Skip dulu.

Tetiba bebaru ni dapat inspirasi, dan aku teruskan lah. So yeah! My first ever original song peeps!

And it’s gonna be called ‘Angin’.

Semalam aku call mak aku. Bagitau dia dalam busy-busy sempat gak gi rakam video. Mak aku balas, tak apalah kalau nak jadikan sebagai rehat. Mendapat restu ibunda lagi. Hehe.

Tapi tulah, rakam Khamis lepas. Tak sentuh banyak sangat editing sebab dok membaca jurnal yang berkecambah, juga buku Catching Fire yang agak best.

Hopefully slow-slow edit, hujung minggu ni boleh siap.

Bagitau kat mak aku, lagu ni kiranya macam aku nyanyi pada anak-anak menakan. Tapi ada satu rangkap ni yang aku tulis, diinspirasi daripada ayat mak aku. Rangkapnya berbunyi begini:-

Berulang kali jatuh dan rebah ke bumi
Doamu buatkan ku kembali berdiri

Aku baca rangkap tersebut pada mak. Abah dengar juga rasanya sebab buat loudspeaker. Hehe, terasa terharu pulak bila baca part tu pada mak.

Anyway… mahu buat air teh dan run programming sikit.

P.S: Hopefully lagu ni boleh diterima. Challenge lagu original ni sebab orang tak pernah dengar. Buat masa sekarang, Mahir dok main lagu tersebut di pejabat. Mahir, sila buat laporan rasmi terhadap penerimaan pendengar. Keke.


One Response to “Original”

  1. mahir says:

    Sudah di mainkannn. Muahaha bukan kita dah gosipkan kah? ;)

    depa duk ingat dah siap video ini hihi

Leave a Reply

See also: