define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Cokolat Celup - Pagi Hari di Durham

Cokolat Celup

Dah tengok video klip Angin? Terharu sikit bila ada yang tinggalkan komen yang nice. Kawan aku Dzul, siap minta lirik lagi. Kak Khalidah bagi komen juga, turut beri pandangan apa yang boleh diperbaiki. Sebenarnya dah bersembang tentang ni dengan orang-orang yang namanya disebut dalam kredit video tu pun. So, I’m kinda aware of that.

Nevertheless, hari tu Juniza, bekas anak murid kak aku yang aku kasi lagu ni awal kat dia, mereport yang dia dah hafal pun. So… in my book, that’s good enough.

**

Dah habis dah baca buku Catching Fire. 2 minggu. Kira cepatlah tu sebab aku ni jarang baca buku. Betul. Last fiction yang aku baca ialah P.S I Love You yang aku baca sebulan dua sebelum mula kat Durham. Sejak daripada tu, takde satu pun buku fiction yang buat aku rasa teringin nak baca. Well, buku lain yang baca pun ialah Personality Plus. 4 years and only 2 books? Rather bad aite?

Tapi dah order dah buku ketiga series Hunger Games yang bertajuk Mockingjay kat Amazon. Esok lusa sampai kot.

Ini spoiler yang tak berapa berat untuk Hunger Games buku kedua. (Warning: Spoiler ahead)

Adalah part Gale bergaduh dengan Katniss. Katniss bagi Gale sarung tangan Cinnia (dia punya fashion designer kat Capitol hari tu). Dah gaduh-gaduh, Gale campak sarung tangan tu kat Katniss, cakap dia taknak benda dari Capitol (product of Capitol). Gale pun pergi.

Pastu tetiba Katniss emo. Macam ini bunyinya. Product of Capitol? Adakah Gale memaksudkan aku juga?

MOTIP?

Aku menjerit dalam hati (atau mungkin juga verbally) bila baca part tu. Sebabnya tengah-tengah emo, biasalah lelaki buat macam itu untuk kelihatan lebih dramatik, tetiba Katniss read in between the lines, apa kes?

**

Pernah dulu aku bersembang dengan seorang kawan, maybe Mahadi. Kitorang bergosip-gosipan dan kemudian aku kata ‘why are they read in between the lines when there’s nothing to be read of?’

Anyway…

**

Buku Hunger Games ni… okay la.. Aku rasa strength dia ialah penceritaan emosi. That’s probably why it is portrayed nicely in the movie. Penceritaan tentang aksi tak berapa detail, dan sangat abrupt. Dan aku rasa baca buku ni lepas tengok movie first sangat membantu sebab tak susah nak bayangkan.

Okay.

That’s it.

P.S: Tajuk takde kaitan dengan kandungan


One Response to “Cokolat Celup”

  1. Naz says:

    Nini cokolat celop! celop!

Leave a Reply

See also: