define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Update hari Sabtu - Pagi Hari di Durham

Update hari Sabtu

Kuku kaki dah tertanggal semalam. Tengah bergolek-golek atas katil main Words By Post dalam phone (ini game macam Srabble), tetiba terasa dia terkeluar. Kemudian cepat turun ke bawah untuk tunjuk ibu jari kaki kanan yang dah tak berkuku pada Hasnol dan Hafidz. Looks pretty weird though.

Baru saja makan ayam panggang dan daging rendang. Hasnol masak sebab abang dia dan family datang dinner kat sini. Kak ipar dia dah nak balik esok ke Brunei. Abang dia belajar kat Durham Uni jugak, start Oktober lepas. So kekenyangan sekarang, terus rasa mode bermalas-malasan.

Aku dah hire seorang lepasan graduate Durham nih untuk proof read aku punya chapter. Proof read ni ~ kiranya diorang betulkan tatabahasa dan ejaan lah. Biasanya grammar lah yang teruk sebab ejaan ada spell checker dalam komputer. Penuh merah-merah dalam chapter yang dia check.

Lepas tu jumpa supervisor aku, dia puas hati dengan satu chapter nih – chapter empat aku. Dia kata, rasanya boleh dapat PhD dengan chapter ni saja, dan dia puas hati sebab ada lagi 2 chapter yang equally weight. Katanya.

Sentap sekejap. Happy, tapi sentap sebab kalau dah boleh graduate, kenapa aku duduk lelama kat UK nih? (Konon mode over ala-ala mahu habis awal la kan, tapi sebenarnya enjoy ja kehidupan kat sini pon. Keke)

Well, hopefully jangkaan supervisor aku tu betul dan dapat lulus dengan warna-warni yang berterbangan menjelang viva kelak..

Telefon kak aku dan biasalah – bergosip adik beradik sambil update drama-drama terkini.

Kak bagitau yang ayah aku dah siap plan untuk lepak mana-mana makan beramai-ramai waktu nak jemput aku balik nanti. Tersengih aku mendengarnya.

Berusaha!

 


One Response to “Update hari Sabtu”

  1. nurul says:

    yeah..berusaha!!

Leave a Reply

See also: