Marilah pindah

Pagi tadi tolong Abang Amir angkat barang ke atas kontena. Dia dah nak balik akhir bulan ni.

Barang-barang dan kontena

Ammar, anak abang Amir yang sudah muncul beberapa kali di dalam blog ini.

 

 

Well, aku dah nak balik bulan depan. Satu barang apa pun aku tak pack lagi. Well, tiga empat bulan lepas ada juga berdebat sedikit dengan mak aku. Mak aku suruh bawa balik barang. Aku taknak, dan telah pun berjaya membuatkan mak aku bersetuju dengan pendapat aku.

Bukan apa, banyak barang aku yang kat sini barang-barang rumah – macam mug, pinggan, tempat sidai baju. Dan aku pun tak ada rumah bila balik nanti. Dan mug, pinggan mangkuk tu adalah seketul dua. So, aku cadang nak tinggalkan kat sini sahaja memandangkan Hafidz dan Hasnol masih ada kat sini.

Cadangnya nak pack dalam satu dua kotak dan kemudian hantar ke rumah Mahadi. I’ll see how does it goes. Entah sempat tak lagi nak naik ke Dundee sebelum balik. Dan entah ada duit ke tak nak sewa kereta bagai.

Fokus sekarang ni ialah habiskan touch up terakhir on writing.

See, my concern bukanlah sama ada dah beli barang ini atau barang itu untuk bawa balik, tapi dok fikir, sempat tak nak buat satu dua video klip lagi sebelum balik. Boleh?

 

Picture time!

Satu-satunya gambar atas padang yang ada. Malas sikit nak suruh diorang tangkapkan, so ni pun kebetulan sorang ni tolong amik. Boleh la, jadikan kenangan time nak mula lari.

Gambar dengan team mate, team DUF 2. Banyak diorang ni bebudak second year.

 

Last sekali, gambar posing sambil memakai spek mata hitam dipinjam dari Hafidz (sebab spek mata hitam aku entah mana entah aku letak). Matahari terik tapi sejuk bagai nak rak sebab angin bertiup kencang. Tu jersey team, tapi aku tak beli, pinjam dari Tom, size L, tu sebab besar sikit tuh. Hari kedua aku pakai spek mata hitam tu memula cadangnya untuk tengok dari sisi ja. Sekali terlupa tanggal terus main sambil pakai spek mata hitam. Well, takdelah rasa janggal pun memandangkan aku memang pakai spek pun pada hari biasa, cuma biasanya aku elakkan pakai spek waktu main Frisbee sebab nanti time berlanggar sesama sendiri, lebih mudah tercedera kalau pakai spek.

Ciao

 

P.S: Tetiba teringat lagu ‘marilah pindah, berpindah minda, ke satu era, ke puncak nyata’ yang pernah didengari time kecik-kecik dulu. Itu sebab tajuk blog ini macam tu


4 Responses to “Marilah pindah”

  1. Norazlin Mat Nasir says:

    dah nak balik……………… teruje x???

  2. Amri says:

    Nervous sebenarnya :D

  3. mahir says:

    Ammar yg ni pipinya sedap, ammar anak buah saya kuruihhhh.

  4. la…..awat nervous pulak…

Leave a Reply

See also: