define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Kuku Kaki : The Sequel - Pagi Hari di Durham

Kuku Kaki : The Sequel

Ingat tak cerita fasal kuku kaki hari tu?

Bangun pagi semalam tetiba rasa lain macam. Rupanya kat permulaan kuku kaki kanan tu dah kerinting sikit (if that’s the right word to use it). Ni tengok balik, dah nak tertanggal dah kuku kaki tersebut. Wah, amik masa dalam 2 bulan juga dia nak tanggal. Dan mujur jugalah dia jadi camni time ni. Kalau 2 minggu lepas time main Frisbee, mesti sedih sebab takleh main sekali.

Dia tunggu hari Jumaat baru nak tanggal rupanya.

Menurut nurse itu hari, ambil masa 6 bulan juga nak tumbuh sampai elok balik. Ala.. macam mana nak jadi model kuku kaki macam nih? Keke.

**

Abang Amir dah lepas vivanya semalam. Pass. Congrats Abang Amir.

Bila dah pass viva, barulah boleh panggil Dr. Walau bagaimanapun, aku berharap kalau aku pass viva sekali pun, aku mahu orang-orang di Malaysia buat macam orang-orang di UK nih, yang mana kalau ada Dr ke, Prof ke, tidak panggil pangkat tersebut.

Tapi aku takleh lah assume orang lain hendak dipanggil begitu. Maka congrats sekali lagi Dr Amir Ngah. Semoga future student anda, kalau search nama anda, tidak akan termasuk dalam blog yang tak berkenaan ini.

Marilah berdoa aku dapat submit thesis aku minggu pertama bulan 4 ini dan pass juga viva aku 2-3 bulan akan datang.

Dah survey dah lagu-lagu balik kampung untuk dicover. Antaranya Daughtry – Home, Michael Buble – Home (dah cover pun), J-Cole – I’m Coming Home, Jason Derulo – Don’t Wanna Go Home…. eh tak tak (Nora@eetnayrah, sila detect ini ayat cover atau tak :P)

**

Let’s see berapa lama kuku ibu jari kaki kiri nak tanggal pulak ;)

[tounge-twister eh : kuku ibu jari kaki kanan kiri luka lepas main Frisbee]


One Response to “Kuku Kaki : The Sequel”

  1. semoga thesis itu dpt d submit pd waktu yang sepatutnyer…..=)

Leave a Reply

See also: