define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Kotak - Pagi Hari di Durham

Kotak

Dah bawak keluar 2 kotak dari dalam stor tadi. Dok fikir juga barang apa yang aku nak pack kan, tapi macam tak banyak sangat. Banyak benda yang aku nak bawak balik ialah barang-barang yang jadi memento selama duduk kat sini. Sebahagian yang lainnya aku nak jual.

Budaya orang Malaysia kat sini, selalunya diorang freecycle, bagi pada orang-orang yang nak. Tapi sebab separuh barang tu memang dah tinggalkan kat rumah ni (macam pinggan mangkuk, duvet etc), dan baki barang-barang yang ada termasuklah barang-barang elektronik seperti kipas untuk laptop, dan rasanya boleh jual dalam beberapa pounds, so; nanti jual lah.

Hasnol sempat berseloroh tadi, ‘so you’re gonna sell that Mickey Mouse t-shirt… as worn on this video clip’

‘ooh, signed one eh?’ aku menambah, ala-ala over pulak perasan diri retis bagai.

Baju-baju kena bawak balik. Lagipun aku ada 6 anak penakan lelaki, tu semua boleh pakai baju tu bila aku dah taknak pakai :P

Tadi saja tengok-tengok dalam laci, jumpa ipod shuffle. Lupa dah kewujudan ipod shuffle nih sejak aku beli iphone. So tu pun boleh try jual jugak.

***

Bila balik?

Don’t worry, once aku tahu, aku bagitau besar-besaran kat blog dan FB.


2 Responses to “Kotak”

  1. Rin says:

    wow. bagitau besar-besaran. best kan kalau sampai airport peminat sambut dengan banner..

  2. Amri says:

    Haha. Perlulah kan besar-besaran? Hehe

Leave a Reply

See also: