define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Catching Fire - Pagi Hari di Durham

Catching Fire

4.48 pagi. Dah subuh dah.

Dup dap dup dap tetiba. Target 3 hari ni untuk correction 2 chapters, tapi semalam sesibuk cari paper untuk tambah reference. Hari ni nak edit satu chapter tak sempat. Japgi pukul 3 petang meeting. Buku Catching Fire (sequel Hunger Games) dah sampai tadi, tapi baru baca 1 page. Setakat kelih macam tu sebab tak sempat.

Pierre, kawan Perancis aku yang dulu buat Erasmus exchange kat Durham tahun lepas, ada kat rumah aku sekarang ni. Dia tido kat bilik aku, siap sempat mengigau lagi. Terus teringat Fariz sebab dulu waktu kat KMPP, Fariz pun kadang-kadang mengigau jugak.

Pierre semangat nak gi lawat masjid esok, so akan bawa dia pergi time solat Jumaat, saja biar dia tengok/dengar khutbah. Baru tadi dia brief dia fasal solat Jumaat. Dia berminat sebab nanti dia cadang nak buat kajian antropologi kat India untuk Masters course dia fasal orang Islam India dan politik. Something like that.

Sounds nice eh?

Di kesampingan kesibukan, sempat lagi curi-curi masa buat projek baru. So stay tuned untuk update :D

Gambar Hafidz tangkap tadi di lokasi. Hehe


Leave a Reply

See also: