define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); A Frisbee Weekend - Pagi Hari di Durham

A Frisbee Weekend

“No, I’m not the oldest anymore, Lut is,” aku dengar tak dengar waktu tu.

“How old is Lut?” tanya Becca sambil beralih pada aku.

“27,” Tom menjawab.

“27?”

Aku: buat muka innocent.

“I thought you are like.. 21…” sambung Becca.

Aku: tersengih tak tau apa nak respon.

Salah satu perbualan sementara nak menunggu match semalam. Memang jarang aku bagitau diorang umur aku. Lagipun malas nak awal-awal letakkan gap usia.

Sekarang ni 6.11 pagi, hari Isnin. Bangun awal hari ni sebab tidur awal sebab letih main Frisbee hari Sabtu dan Ahad. Sebab Frisbee ni senang nak switch player, jadi aku mainlah dalam 30% daripada setiap match. Bagi yang lebih terror main lebih sikit, dan hasilnya di Northern University Open Outdoor Regionals 2012 di Newcastle, team kitorang dapat no 9 daripada 24 team yang bertanding. Kitorang team kedua (setiap uni hantar 2 atau 3 teams), tapi highest ranking untuk team kedua lah. Alhamdulillah.

**

10.44 pagi, baru sambung balik menulis blog. Sebenarnya tersentot sekejap mood disebabkan lepas upload gegambar Frisbee dalam Facebook, dapat mesej daripada salah seorang minta gambarnya dipadam dan jangan ditag. Well, to be honest, aku faham saja kalau orang taknak gambar dia diupload. I asked the same thing to my fellow friends as well sometimes. Tapi maybe sebab cara dia request yang sedikit blunt dan rude buat aku terasa sikit. Sensitif okeh. Keke.

I stayed on this basis. Dalam era ini, secara umumnya kalau korang berposing depan kamera, maka pemilik kamera itu bakal memasukkan dalam internet – blog ke, Facebook ke, Youtube ke. So, kalau taknak dimasukkan, bagitau lah awal-awal. Ni, dah berposing bagai nak rak depan kamera, tetiba emotional suruh padam? Kita bukannya bercinta nak kasi mix-mix signal nih!

On the other hand, kalau diorang ambil gambar curi-curi, atau korang dah kata ‘tak nak’, pastu still upload; maka okaylah kalau nak bersikap rude sedikit.

Kalau gambar tu ada orang lain sama dalam group activity, mintalah dengan baik untuk gambar itu dipadam, patutnya tak ada hal. Kalau orang itu taknak padam, barulah kita emo-emo.

Kalau Facebook, Facebook dah ada pun sistem untuk kasi gambar tu diapprove dulu sebelum keluar pada timeline. Haish

**

Kembali kepada Frisbee, salah satu yang buat aku sedikit kagum ialah bagaimana takde pengadil digunakan sepanjang pertandingan. Dan kalau terjadi kes-kes kecederaan atau penalti, diorang akan jerit pada masa tengah main, tapi tak turnaround, maksudnya team yang pegang disk, masih lagi akan pegang disk. Tak macam bola sepak, kalau injured, terus bola dapat pada team yang lagi satu.

Aku rasa bagus gak sistem ni sebab lantaklah kalau ko nak fake injury, game stop, dan kembali ke player yang sebelumnya tapi masih tak dapat kat team yang orang injured itu. So, buat apa nak fake injury kalau tak injured..

Aku sempat mini injured sekejap semalam. Nak pergi tahan disk, disk kena kat high cheek bone dan ke dahi. Berpinar sekejap, so aku request swap lah sebab nak lari macam mana kan? Second time kena pijak kat atas buku lali tapi tak kuat la, so teruskan berlari.

Aaah, it was so much fun!

Seriously aku dok terfikir untuk buat satu team kat USM nanti. Pastu dok terfikir jugak, ish, ni best ni kalau ada satu team dari USM, lepas tu saja datang join open tournament kat UK (alasan nak datang balik Durham). Cari sponsor ka, buat event ka untuk kumpul duit. Uh, that’s ought to be good.


One Response to “A Frisbee Weekend”

  1. tak reti main frisbee says:

    Ah…sukanya perenggan bab tag gambar tu…hiks. Haruslah buat vid ajo orang cara takmo approve gambo kena tag!hiks

Leave a Reply

See also: