Turn Me On

Update terkini kehidupan.

Masih tengah membetulkan beberapa chapter akhir. Tadi contact Andy, bekas housemate. Dia dan Sam (lagi sorang ex-housemate) dah abis PhD maths diorang tahun lepas. So aku tanya dia kalau-kalau ada dia kenal sesapa yang boleh buat proof reading. Saja mengada-ngada cari orang-orang Maths juga. Proof reading ni proses untuk betulkan tanda baca, perkataan, ayat etc etc dalam thesis. Tambah lagi bagi kita yang bukan native tounge ialah English, jadi eloklah hantar untuk proofread.

Tapi tahu lah kan, bahasa Sains/Maths ni tak sama dengan conversational English, so aku kalau boleh nak cari orang yang ada background dalam Sains lah.

Itu… awal bulan depan.

Bila balik? Bulan 4, InsyaAllah. Aku punya tarikh luput yang diberikan oleh KPT pun sampai 10 April sahaja. So, should be coming back around that time [Fangirls sila datang sambut di lapangan terbang].

I don’t think much about it to be honest. Satu demi satu. Habiskan penulisan. Biar supervisor check. Bagi proof read. Hantar thesis pada universiti, kemudian baru pack barang.

That’s pretty much of the idea in my head.

Tapi memang sejak dah nampak-nampak penghujung ni, aku cakap aku nak ‘end up with a blast’.

So, banyak la juga aktiviti yang aku join di samping menulis.

Dance show. Minggu depan.

Lepas tu aku dah conform masuk 2nd team untuk Frisbee bagi pertandingan kat Newcastle 10 haribulan Mac. Sebenarnya sapa yang daftar masuk memang boleh pergi bertanding, so takdelah bermaksud apa-apa pun walaupun mewakili universiti. Plus diorang cakap 2nd team biasanya pergi untuk enjoy-enjoy (dan takde pressure macam 1st team), so that ought to be fun.

Cadangnya nak try masuk debate competition anjuran Durham Union Society tapi dek kerana clash dengan dance show, jadi cancel, tak jadi masuk. Takpelah. Lagipun lama gila tak asah skil berdebat.

Anyway.. video klip Turn Me On ni agak best jugak. Tetiba tersuka pulak Nicki Minaj sejak kebelakangan ni


Leave a Reply

See also: