define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Open Mic semalam - Pagi Hari di Durham

Open Mic semalam

Semalam ke Ustinov punya open mic. Ajak kawan Itali aku, Fabio untuk ikut sekali, dan kemudian paksa/minta tolong dia rakam guna kamera. Pastu upload terus kat Youtube guna komputer dia kat connection Durham Uni (sebab dia duduk kolej)

Rakan-rakan yang kepala komputer, saja mahu share. Fail 750MB, upload youtube, 16 minit ja. Cepat kan?

Oh, just nak brief. Kena faham ya, kalau dikatakan kelajuan sehingga 5MBps atau 20Mbps bagi broadband, tu semua merujuk kepada download speed sebenarnya. Upload speed biasanya memang dihadkan dan lebih slow. Itu sebab kadang-kadang bila kita nak transfer fail kepada kawan kita, slow yang amat padahal tadi download dari mediafire macam laju ja, ye tak?

Tujuannya ialah supaya kita tak buat komputer kita sebagai server dan provide download kepada orang lain. Dan kerana itu juga kenapa tak dapat nak hosting server di rumah sendiri kalau guna talian broadband untuk pengguna umum. Nanti orang visit website, terus slow.

Faham ke tak nih? Kalau tak faham, we can sit down for pizza/secret recipe/KFC/mamak and we can talk about it. Korang belanja lah.

Anyway… seperti biasa, mampu melalut ke tahap maksima (tapi yang di atas ini adalah melalut berinformatik)

Maka di bawah ialah cover lagu Someone Like You konon-konon dengan penuh perasaan

Lepas tu cover lagu Lego House

Tapi tu lah kan.

Baru sekejap tadi pasang lagu Nsync. Punyalah lagu lama yang berzaman tok nadok tu, aku hafal lagi lirik dia. Beza dahulu dengan sekarang. Sekarang ni, kalau aku nak prepare nyanyi satu lagu, 3-4 minggu praktis hafal sebab susah nak masuk. Otak tua dah semakin lembab, tu sebab nak hafal apa-apa, hafal time muda-muda. Haruslah aku tidak merujuk kepada hafalan lirik-lirik lagu Adele kaan… Get the hint? Tak.. tak apalah (tapi tidak berlari ke sudut sepi kerana Halim sedang menggunakannya)


Leave a Reply

See also: