Muzik-muzik la pulak…

[Ini tulis semalam, tapi save dalam draft dan lupa nak post]

Sempat bersembang dengan Amalina tadi.

Dengan casualnya bercakap, ‘oh, video aku masuk muzik-muzik dua tiga hari lepas.’

‘Wah, cakap macam takde apa-apa’. Well, Amalina didn’t say that. Sounded a bit like that. I badly imitate people anyway.

Sori ek, agak kurang excited sebab tekanan jiwa terhadap study dan perkara-perkara lain sejak kebelakangan ni. Jadi, nak duduk tulis entri pun rasa berat.

But yes, bangun pagi dua hari lepas kak aku tulis kat FB yang anak murid dia perasan aku punya video masuk muzik-muzik. Sebenarnya hari tu lagi ada orang TV3 yang hantar mesej tanya sama ada kalau aku benarkan diorang masukkan video tu dalam tv. So, aku kata okay ja lah.

Tapi tak tahu pula video mana yang diorang nak masukkan. Rupanya Malay Version of Moves Like Jagger. Well, okaylah memana pun.

Oh, oh; kalau korang kat Malaysia, bolehlah catchup kat tonton.com.my

Dia region locked, so tak dapat tengok daripada UK. So aku pun tak tahu apa yang diorang cakap dalam tu sebenarnya

[Ini tulis hari ni]

Salji turun kat UK dua tiga hari lepas. Some people think it’s odd for snow to fall in February. Tapi disebabkan tahun pertama aku di UK, waktu kat Brunel dulu, salji turun time bulan 2 jugak, so taklah pelik sangat.

I don’t really like snow that much, tapi ramai gak bebudak Malaysia yang baru sampai bulan 10 hari tu nak merasa snow. Snow ni nice. Kalau pergi jalan-jalan, macam kat Scotland ke, memang aku suka bila ada snow sebab cantik. Tapi kalau duduk kat Durham, kalau turun snow lama-lama, memang tak best. Around Christmas waktu tahun 2009, snow turun sampai 2-3 minggu. Kedai semua tutup awal sebab nak bagi laluan orang untuk balik rumah sebab bas habis pukul 6.

Kat UK ni, dahlah kedai memang biasanya tutup pukul 5. Bila snow macam tu, tutup pula pukul 3 setengah ke, pukul 4, tertekan gak jiwa. Gym pun tutup waktu tu. Dah tu ka, memerap ja kat rumah. Hence why I’m not a big fan of snow in my local area.

Anyway….

Gilah tonton, catchup Muzik-muzik episod pertama season ni, pastu bagitau apa yang diorang cakap :D


One Response to “Muzik-muzik la pulak…”

  1. Arabella says:

    video tu keluar masa segmen youtube..yg kat muzik2 ni dorang tayang lama sikit dari mhi..

Leave a Reply

See also: