Lagu-lagu Move On

Entri ini ditulis sambil-sambil study dan membaca writing thesis yang lama.

Entri ini didedikasikan untuk Pingu Toha yang asyik mendengar lagu Someone Like You dengan ucapan, “Sila move on”. Dan disini di senaraikan lagu-lagu move on yang boleh dipilih bersesuaian dengan sebab dan tujuan.

Playlist telah dibuat di Youtube di sini

# 1
Sebab: Diduakan? Ditigakan? Dicinta tigasegikan? Tertipu? Palsu?

Sila dengar: Simple Plan – Your Love is a Lie

Kaedah pendengaran: Menjerit bersama-sama dengan kuat pada bait ‘lie’ sambil mengangguk-anggukkan kepala.

#2
Sebab: Sudah tidak mahu peduli dengan ruang tempat yang pernah disentuh olehnya? Mahu move on sa-penuhnya.

Sila dengar: Simple Plan – When I’m Gone

Kaedah pendengaran: Hayati part ‘you gonna miss me when I’m gone’ sambil memandang rendah kepada si dia kerana tidak menghargai diri ini. Juga menjerit part ‘whoaaa’

#3
Sebab: Ditipu? Lagi? Haish…

Sila dengar: The Wanted – Warzone

Kaedah pendengaran: Pada part awal bila disebut ‘I’m gonna sure that you regret that night’, bunyilah seperti mahu revenge tapi kemudian menyedari yang ‘I throw my armor now, and leave the battleground for the final time now’ adalah revenge terbaik. Gituh. Keke

#4
Sebab: Tidak diberikan secukup appresiasi?

Sila dengar: Carrie Underwood – Undo It

Kaedah pendengaran: Dengar lagu ini sambil mendelete mesej-mesej lama, unfriend si dia dari Facebook (block lagi bagus). Kemudian makan aiskrim di hujung lagu.

#5
Tujuan: Untuk memandang rendah kerana tidak diberi cukup appresiasi atau ditipu (rujuk #1,3,4)

Sila dengar: Rihanna – Take A Bow

Kaedah pendengaran: Berdiri di depan cermin sambil berangan di dalam dewan yang besar. Praktis aksi-aksi mengangkat kening untuk menyesuaikan diri dengan vibe lagu.

#6
Tujuan: Membuakkan kemarahan supaya berasa lebih kuat

Sila dengar: Justin Timberlake – What Goes Around

Kaedah pendengaran: Berdengus ketika mendengar part chorus ‘what goes around comes all the way back around’ supaya menekankan kekuatan diri dan ketidakpedulian terhadap subjek.

#7
Tujuan: Menjadikan masa sebagai satu faktor penting dalam kehidupan seharian

Sila dengar: One Republic – Apologize

Kaedah pendengaran: Ini supaya tidak membuang masa

#8
Tujuan: Lagi lagu move on

Sila dengar: Glee – You can’t always get what you want

Kaedah pendengaran: Title say it much already! :P

#9
Tujuan: Menyedari subjek perlu dinyahsubjekkan dari minda pada malam ini

Sila dengar: All American Rejects – It Ends Tonight

Kaedah pendengaran: Menggenggam tangan ketika ‘it ends tonight’ dan ambil perhatian pada rangkap-rangkap awal ‘it’s best you leave me alone’

#10
Tujuan: Reserve untuk subjek baru yang lebih baik

Sila dengar: Rascal Flatts – Bless The Broken Road

Kaedah pendengaran: fikirkan subjek sekarang pada tika ‘others who broke my heart, they were like northern stars pointing me on my way into your loving arms’ dengan optimism yang lagu ini akan dinyanyikan pada subjek baru. Jika subjek baru juga tidak berjaya, sila ulang lagu-lagu di atas


5 Responses to “Lagu-lagu Move On”

  1. INI LAH JENIS2 POST YANG KU TUNGU2 NTUK DIPARODYKAN!!!

  2. Amri says:

    Sentap :-/

  3. mahir says:

    Haaa dasat. Huraian sekali dgn sbb dengan kaedah wow. Kalau ni tesis, dah boleh submit B-)

    kbai

  4. Amri says:

    Oh sentap!

    Haruslah kan. Kalau thesis fasal kehidupan seharian dan peribadi, dah jadi Professor dah

  5. mahir says:

    tekan butang like!

Leave a Reply

See also: