define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Istimewa 2 - Pagi Hari di Durham

Istimewa 2

So far reaksi dari orang ramai agak baik terhadap video baru. Dok bergelak ketawa dengan teman-teman rapat sebab perasan diri macam budak-budak pulak dalam video tu. Dengan baju Mickey Mouse pastu ditambah Hafidz dan Hasnol yang khusyuk main game kat belakang.

Bukan Call of Duty. Battlefield 3. Sigh, aku suruh diorang beli COD tapi diorang taknak.

Hasnol cakap, it looked a bit weird yang aku dok menyanyi sorang-sorang sementara dia dengan Hafidz dok buat tak peduli kat belakang. I said, ‘that’s the aim’. Memula aku dah rakam part nyanyi sorang-sorang atas sofa. Tapi bosanlah. Rasanya dek kerana ketidak pedulian diorang kat belakang, jadi nampak aku macam bersemangat sikit menyanyi sorang-sorang.

Kak Khalidah komen on facial expression. FACT: I don’t have dramatic facial expression! (Berbisik: dramatik aku hanya di hati tapi tidak ditunjukkan pada riak muka. Oops). Walaupun kurang facial expression, tapi disebabkan masih mengekalkan falsafah yang sama: Orang… kalau diorang berkenan, tak kisahlah kurus gemuk, fit, tak fit, diorang berkenan jugak, maka sudah cukup berpuas hati dengan hasilnya.

Ahem, bolehla apply falsafah tu untuk video Youtube kan?

Hari tu aku tweet, ‘Kalau lelaki merajuk buruk, kalau perempuan merajuk lawa?’ [1]. Nora [2] dan Kayrun [3] kata tak lawa, tapi Kayrun tambah ‘comel’, juga seperti arabellamocha [4]. Tapi haruslah aku lebih bersetuju dengan statement Mahir [5] yang kata ‘klau ppuan tu memang lawa, bukan setakat merajuk, kentut pun org still ckp lawa.kalau yg xlawa tu, buat baik pun org xpandang. True story’

Well… separa bersetuju sebenarnya. Sebab konsep berkenan ni selalunya tak kira paras rupa (ayat jiwang seperti biasa), kalau muka lawa tapi perangai menyakitkan hati, pun boleh buat hilang berkenan. Kerana cantik pandang mata itu tidak kekal lama kalau hati ini disakiti (ayat jiwang berterusan, sambil menyeru/mencabar Halim untuk menjadi lebih jiwang, bukan setakat dengan lagu-lagu taknak move on :P)

Haruslah ayat di atas kemudian dikaitkan dengan bait lagu Kau Istimewa (Malay version of Just The Way You Are) [6] di perenggan pertama

‘Matamu bersinar bagaikan sang suria,
indah peribadimu turut bercahaya’

Peribadimu. Bold di situ.

Anyway…. sila nyanyikan kepada suami/isteri masing-masing. Sekian.


Leave a Reply

See also: