define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Day 9 - Pagi Hari di Durham

Day 9

Day 9: A favorite picture of your best friend.

Ah?

Soalan pertama, siapakah best friend?

Hmm…..

See, it’s rather complicated to just pick one. Lagipun ini bukan zaman sekolah-sekolah dulu yang mana ada satu ja best friend. Teringat time sekolah waktu kat Besout, yang aku ingat aku start ada best friend waktu Darjah 4. Darjah 5 rapat dengan Zairi. Darjah 4 dengan Farid. Hari tu aku add balik bebudak Besout, tanya fasal Farid, sudah arwah rupanya. Eksiden. Sebak pun ada sebab darjah 4 rapat dengan dia. Innalillah.

Kemudian waktu Tingkatan 4 rapat dengan Anuar. Sebabnya dia tengah dok berkenan kat Ros. Dah kahwin dan ada satu anak pun. Tingkatan 5, still Anuar lagi. Towards the end, makin rapat dengan Khairul.

Oh! Tingkatan 3 rapat dengan Mirza yang datang UK itu hari. Juga ada drama-drama sebab aku waktu sekolah menengah mahu menonjol dan tetiba Mirza datang sebagai persaingan. Keke.

Rapat dengan Mahadi waktu time matriks walaupun Mahadi masuk Kolej Mara Kulim dan aku kat KMPP.

Oh! Tapi makin rapat dengan Mahadi waktu first year kat USM.

Cerita best. Disebabkan dulu kredit phone sangat mahal, sms pun 20 sen, jadi kitorang buat code untuk menjimatkan duit.

Miscall sekali: maksudnya stop! Aku nampak hang. So kalau tetiba dapat miscall terus akan beralih pusing.

Tapi kalau miscall dua kali: maksudnya, jom makan.

Kalau balas sekali: maksudnya okay, dan barulah kitorang hantar mesej.

Kalau balas dua kali: maksudnya sudah makan.

Sampai ke tahap tu lah kitorang berjimat. Keke. Itu sebab bila sampai UK, sebab bayar bulan-bulan, dapat dalam 500 minit untuk call, bila bebosan tunggu bas call Mahadi kat Dundee; rasa macam mewahnya zaman sekarang ni. Oh, of courselah kalau aku ada anak nanti, akan diceritakan. ‘Daddy dulu (daddy laa kan) kalau nak call Uncle Mahadi, miscall ja sebab nak jimat duit’ and of courselah anak aku akan fikir dalam hati, ‘Ala daddy ni…. itu zaman 2000… Ini zaman pico-technology…’

Oh, tapi selepas Mahadi pindah ke Saujana, kitorang semakin renggang (ayat penuh drama. Keke).

Pastu sapa ek?

Shila, Nurul, Kimi, Abg Tra, Kak Khalidah, Naz, Emmy pun. Halim ada lah sekejap (keji tak?).

Pastu kat Durham, Kak Nur, Zeah, Arni, Kam, Syafiqah, Amalina (ini zaman lelaki-lelaki bujang takdak), lepas tu Rosmin, Hafidz, sekarang Iskandar dan Hasnol. Oh, Andros in a period of time. But at the same time still contact Rosmin dan Mirza dan Kak Khalidah sekarang ni.

Oh, lupa.. lepas abis Brunel, balik kejap USM, Pidin dengan Zali.

Oh, zaman Brunel – Tahir dengan Chris. Udy pun.

Haish, banyak tak terkira.

Oh, Fariz ngan Ali time matriks. Tu pun lupa jugak.

So kesimpulannya…

I can’t pick one favourite picture of one best friend, because each of them gave me thousands of favourite memories…. [hehe, pelarian, tapi masih ikhlas]


4 Responses to “Day 9”

  1. Machina says:

    I never stayed in Saujana. Never. Not even for one night for crying out loud. Enough… we never met. *sigh….

  2. Amri says:

    Restu!!!!! Sorry!!

    Hehe

  3. SEKEJAP? SEKEJAP??? SEKEJAP????

  4. WaReMoN says:

    aku dan Ali berada di sudut gelap sambil duduk :D

Leave a Reply

See also: