define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Day 4 - Pagi Hari di Durham

Day 4

Day 4: Your parents

My parents? They are great :)

Each of them is one of the most important people in my life.

Mak aku selalu masak masakan kegemaran anak-anak dia. Kalau kak aku balik, kadang-kadang dapat sup tulang. Kalau abang aku balik, nasi dimasak lebih. Yang mana dulu aku rasa biasa saja, tapi sejak aku duduk dengan Hafidz, kalau tiba-tiba kawan-kawan lain datang masak, dan diorang bajet nasi, aku akan suruh diorang banyakkan sebab risau Hafidz makan tak kenyang. Rupanya turun perangai dari mak aku, yang mana mak juga macam arwah tok; memang ambil berat tentang makan.

Kalau goreng ayam, dan aku kadang-kadang tak ada kat rumah, mak akan simpan bahagian tulang untuk aku.

Mak aku juga suka bidang muzik ni dan boleh jadi penilai yang baik. Dulu mak cerita yang dia pernah pergi satu studio ni untuk buat rakaman nasyid sebab diorang nak mainkan kat radio. Padanlah anak dia pun suka aktiviti-aktiviti macam ini rupanya.

Pernah season waktu Carrie Underwood, mak aku tengok American Idol dengan aku. Carrie Underwood nyanyi lagu Love is A Battlefield. Mak aku komen, ‘macam singa’, dan kemudian Simon Cowell pun cakap ‘you like a kitten trying to be a tiger’.

Mak aku biasanya tak kisah melepak dengan perempuan-perempuan gedik (berdasarkan pemerhatian) tapi haruslah sopan. Itulah sebabnya muncul konsep gedik tapi sopan. Boleh?

Ayah aku pula cool. Dia peaceful phlegmatic.

Pernah sekali, kitorang tengah nak cepat sebab nak pergi somewhere. Ayah aku cakap ‘mandi 3 minit cukup’, dan sejak hari tu, aku mengambil pengajaran untuk mandi tak perlu lama-lama. Tidak membazir air dan bukannya wangi lebih pun kalau mandi lama. Kaan?

Ayah aku juga tak kisah sangat fasal table manner. Makanlah sesuka hati, di mana saja, tak tunggu pun tak apa. Tapi dia kisah dan ambil berat bab solat, puasa, zakat dan sewaktu dengannya.

Abah juga sangat terurus dalam planning bab-bab kewangan, bab-bab isi borang. Yang ni, nasib baik aku turun daripada dia; jadi bila ada perancangan ke mana-mana aku biasanya akan list down semua keperluan dalam satu kertas. Bab isi borang pun, dia tak kisah sangat. Takde phobia senang kata. Aku dapat jugak yang tu, Alhamdulillah.

Kalau ada apa-apa makanan, atau minuman yang abah nak share, dia akan buat dalam gelas besar, lepas tu datang duduk depan aku atau cucu-cucu dia. Kemudian pakat-pakat lah datang ramai-ramai kerumun. Mungkin disebabkan itu aku dan abang aku, kalau ada buah kat dapur, kitorang tak akan sentuh kecuali selepas buah itu dikupas.

Abah senang tidur. Dia boleh baring dan terus tidur. Kak aku turun abah aku part nih. Mak susah tido sebab mak fikir macam-macam sebelum tidur. Aku turun mak aku yang nih.

For the past 4 years since I’m in Durham, they have been very supportive of me. Terutamanya sejak kebelakangan ni bila anak jantan diorang semakin nak ikut kepala sendiri.

So yeah, I have nothing more to feel other than to be thankful.

Gambar abah dan mak depan shopping complex di Amsterdam. Paksa mak dan abah berfesyen style-style orang sini. Cari baju kat charity shop ja pun sebenarnya sehari sebelum ke Amsterdam.


2 Responses to “Day 4”

  1. nadia says:

    saya nampak video amri inilah langkahku kat tv td..tv3 tayangkan kat muzik-muzik 27..

  2. Amri says:

    Ah, tak dapat tengok dari sini :(

Leave a Reply

See also: