define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Day 20 - Pagi Hari di Durham

Day 20

Day 20: Nicknames

Sebenarnya dah ada entri tentang nama ni iaitu di sini. Tapi itu entri lama, so sajalah hendak tulis yang baru. Well, nama penuh aku Ahmad Lutfi Amri bin Ramli, dieja dengan baik oleh MHI :)

Setelah lebih suku abad hidup, telah berjaya memaksimakan penggunaan nama sepenuhnya.

1) Upi

Itu nama panggilan dari kecik. Kawan-kawan sekolah rendah dan menengah pun panggil yang tu jugak.

2) Adik

Itu panggilan daripada mak, abah, kakak dan abang. Kak ipar dan abang ipar panggil Upi, ataupun Adik Upi.

3) Pak Tam

Itu panggilan anak menakan dan anak sepupu. Technically sepatutnya dipanggil Pak Su. Tapi taklah kisah pun. Biasanya dipanggil Pak Tam Upi. Ada orang yang aku bagitau, dengar fasal benda ni, tetiba buat muka pelik. Motif?

4) Am

Itu nama waktu matriks sampai ke USM. Ala-ala turun tangga blok C1 KMPP, jumpa sorang budak ni yang aku dah tegur awalnya, aku pun introduce yang nama aku ‘Am’. Parents dan kak dan abang ipar aku pun ada sekali waktu tu. Abang ipar aku remark ‘wah, dah bertukar nama’. Keke, macam evolusi Pokemon kan?

5) Lutfi

Rapat dengan Fariz sebab sekuliah di KMPP. Fariz dipanggil Emon, tapi dek kerana aku tak tanya nama dia apa, aku baca dari buku dia; so dia pun tak tanya nama aku apa, jadi dia panggil aku daripada buku aku jugak. So terlekatlah Lutfi dalam kalangan bebudak aras 2 C1 di KMPP. Aras 4, yang awalnya aku duduk kat situ sebelum bertukar bilik, banyak kawan sepraktikum, panggil aku Am.

Sejak waktu tu, bercampur baur jadi Am atau Lutfi. Kat USM, bebudak debat, bebudak Maths panggil Am. Tapi bebudak bio seperti Shahrill dan Dzul panggil Lutfi sebab diorang bekas groupie Aras 2 C1 KMPP (Groupie la kan?)

6) Amri

Waktu kat Brunel, aku suruh diorang panggil Amri. Kembali kepada Lutfi pada orang-orang kat Durham

7) Lut

Tapi selalunya aku introduce kat orang-orang UK sebagai Lut. Sebab diorang susah nak pronounce Lutfi. Hasilnya, yang aku introduce, diorang ingat Lut. Yang aku kenal kat Frisbee atau Durham Malaysian Society punya social; dan kemudian kitorang add each other kat Facebook, diorang kadang-kadang confused sebut Luf-ti. Yang lawaknya hari tu waktu aku pergi rumah Ray (mamat UK yang berdarah kacukan Malaysia/Japanese/British); dia introduce aku kat housemates dia sebagai Luf-ti. Aku betulkanlah Lutfi. Dia kata ‘it is Luf-ti on your Facebook’. Aku balas ‘I’m pretty sure what my name is’. Keke.

8 ) Ahmad

Dipanggil Ahmad sejak kat Brunel sebab orang UK guna first name basis. Kiranya Lutfi Amri tu jadi middle name lah. Dan biasanya juga kalau tak tulis nama tengah ni untuk urusan rasmi, dikira okay. Cuba check sini iaitu portal publication DBLP. Dah jadi Ahmad Ramli kan? Salah juga sebab tak masukkan L A kat tengah tu. Oh, kad bank aku ditulis Ahmad L A Ramli. Hm… boleh juga nak dicommercialkan L A Ramli yek? Macam L A Reid yang X Factor punya judge tu.

Supervisor juga panggil Ahmad.

9) Mr Ramli

Juga nickname lah. Dipanggil kalau ke klinik atau appointment apa-apa.

10) Darling

Oops, yang tu belum lagi. Keke


4 Responses to “Day 20”

  1. mahir says:

    Pengsan kejap baca no 10. Well

  2. WaReMoN says:

    L A Ramli tu, bleh ganti jenama burger Ramli XD

  3. Machina says:

    Abang – yang tertinggal….

  4. Amri says:

    Oh yes…. keke

Leave a Reply

See also: