define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Day 16 - Pagi Hari di Durham

Day 16

Day 16: Dream house.

Pernah berkongsi ini dengan junior-junior debat USM 4 tahun yang lalu di Khalel. Guys, take note; menceritakan tentang rumah impian kepada gadis-gadis boleh membuatkan mereka teruja. Oops

Anyhow…

Mula-mula teringin nak rumah bungalow. Tapi dek kerana dengar macam tak selamat ja kat Malaysia, mungkin apartment lebih selamat?

Mahu ada beberapa bilik. Ruang tamu ada dua. Yang pertama ialah bermotifkan negara penjajah ini iaitu UK. So, kena ada replika pendiang api ala-ala macam ada kayu api sekali, kekonon kalau hang out di ruang tamu, terasa macam dekat UK baliklah.

Ruang tamu kedua yang lebih kecil berkonsepkan Jepun. Jadi ada pintu tarik-tarik macam dalam Doraemon tu, dan lantainya tatami. Jadi ada meja dan juga kusyen tempat duduk itu. Juga ada almari yang tarik-tarik tu yang Doraemon tidur dalam tu tu. Di sudut sebelah kiri akan ada banner dalam Bahasa Jepun.

Dapur mestilah luas supaya boleh menari sambil memasak nasi goreng. Keke. Taklah, dapur perlu luas supaya senang nak hang out kat dapur. Tak decide lagi konsep apa di dapur.

Bilik tidur pun tak fikir lagi apa konsepnya.

Oh, kena ada satu bilik media. Dalam bilik media ni, ada tv besar, gaming console, komputer.

Bilik air ialah komponen penting. Kena ada dua tandas. Satu jenis duduk, satu lagi jenis bercangkung. Bilik air mahu diletakkan bath up bath tub, juga ada cermin yang proper. Bukan setakat yang gantung-gantung.

Oh, ruang tamu juga diletakkan cermin supaya memberi perspektif lebih besar. Oh, bilik tidur juga ada cermin besar. Ah ah, nak almari yang memang covernya cermin so sebesar-sebesar almari yang panjang 3-4 depa tu ada cermin (Gila obses cermin).

Oh-oh, kalau tetiba terkaya, mahu satu perempat dari lantai ruang tamu itu lutsinar yang mana ada air mengalir kat bawahnya. Oh, maybe kalau kat tengah-tengah ruang tamu pun best juga. Ala-ala rasa macam terapung diĀ  angkasa bila duduk atas tu.

Anyway….


3 Responses to “Day 16”

  1. nis says:

    setuju dgn dapur yg luas…

Leave a Reply

See also: