Day 11

Day 11: Favorite TV shows.

Disebabkan nama pun challenge, jadi masih lagi meneruskan walaupun kurang semangat. Apalah soalan-soalan dia… tak mencabar minda pun. Bila tengok hari ke 22 – what’s in your purse; baru mencapai kesedaran yang tag ini untuk perempuan. Well… taklah salah untuk buat entri comel-comel cerita fasal diri sendiri, tapi untuk orang yang biasa perasan-perasan comel depan kamera (kadang-kadang perasan macho); entri-entri comel ini…. haish…

Tadi pergi rumah kawan aku, Ray, budak British berdarah Jepun+Malaysian Chinese+British dan lepak main board game. Kawan-kawan dia teka umur aku. Diorang terkejut bila aku bagitau 27. Seronok sekejap.

Eh, kaitan dengan cerita ni? Oh, taknak buat entri comel-comel sebab dah ada kesedaran diri ini sudah tua.

Anyhow…

Kalau aku yang buat tag Day 1 to 30 nih, aku akan twist soalan dia bagi menarik sikit. Misalnya Day 11 – Tell me which is your favourite character on tv show that you wish you can date them. Barulah macam menarik sikit. Barulah aku boleh pilih Spencer Hasting dari Pretty Little Liars. Berdebat sikit dengan Mahir hari tu sebab Mahir rasa Aria lebih sweet. Aria sweet, tapi needy sangat lah.

Semalam jadual aku sangat hectic. Tidur malam sekejap dari pukul 10 sampai pukul 2 pagi. Lepas tu berjaga sampai pukul 11 pagi. Tidur sekejap pastu meeting supervisor pukul 3 petang. Pastu Frisbee lagi. Pastu sebab letih sangat, dan jemputan Ray, so pergi lepak rumah dia. Ni pukul 3 pagi tak tido lagi. Haruslah turun berat badan kalau macam ni.

Tapi begitulah ya. Kesibukan duniawi. Well… study tu dah jadi sebahagian daripada tanggungjawab (sebab dah guna duit rakyat Malaysia untuk duduk sini kan?); so taknaklah kata duniawi semata.

Anyway… favourite tv shows?

Survivor, Apprentice, Amazing Race, Desperate Housewives, NCIS, X-Factor, American Idol, The Voice, Biggest Loser, Sentai series: Gokaiger sekarang ni, CSI’s, Friends, How I Met Your Mother, Big Bang Theory.

See… bosan kan tag ni? Cerita kehidupan aku yang separa bertanggungjawab separa tak bertanggungjawab tu lagi best.


One Response to “Day 11”

  1. mahir says:

    Aah la kan twist ke fav character pun boleh :D

Leave a Reply

See also: