define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Day 1 - Pagi Hari di Durham

Day 1

Day 1: Introduce, recent picture of yourself, 15 interesting facts.

Hi, nama saya Amri. Ini gambar ambil dua hari lepas dan suruh Hafidz amik.

15 interesting facts? About me? Ke about anything?

1. Gambar di sebelah Hafidz ambil kan. Ketuk pintu bilik dia dan buat muka tak malu dan Hafidz terus tanya, ‘mana?’ expecting aku memberi kamera. Sangat memahami okeh.

2. Walaupun entri blog sejak kebelakangan ini memaparkan semangat kesukanan, saya merupakan salah seorang yang sangat tidak bersukan ketika membesar. Biasanya ketika rakan-rakan lain bermain bola ketika menengah rendah, akan membentuk satu kumpulan di bawah tempat letak basikal, dan membincangkan tentang Power Rangers.

3. Walaupun berat badan tidak dapat mencecah 60kg, tetapi berpuas hati dengan diri sendiri meskipun rakan-rakan asyik menuding kekurusan diri ini. Sekurang-kurangnya stamina bertambah dan sudah mempelajari, manusia ni, kalau dia berkenan, tak kisah kurus, gemuk, tough, tak tough, berkenan jugak :P

4. Baru menyedari yang 15 interesting facts itu sebenarnya banyak. Tambah lagi kalau melalut di setiap entri.

5. Teruja kerana ada orang kata dia mampu ‘lagha’ membaca blog ini kerana blog ini ditulis untuk kepuasan hati, jadi kadangkala topiknya terlalu berbeza-beza.

6. Suka melancong, tapi semakin suka ke sesuatu tempat dan sekadar lepak-lepak dalam bandar daripada pusing keliling tengok tempat-tempat menarik. Misalnya kalau ke Dundee, tidur sepanjang hari, lepas itu bangun keluar pekan untuk minum kopi. Kelas kan? Keke.

7. Rasa geram dan sakit hati bila nampak orang post gambar-gambar makanan di dalam Facebook. Tapi bila ada peluang, post juga gambar makanan untuk buat orang lain jeles. Ini perangai yang mahu diubah.

8. Sangat menyukai Biggest Loser. Walaupun selalunya bila tips makanan, dengar makanan mana yang banyak kalori kerana konon-konon hendak makan makanan tersebut untuk menambah jisim.

9. Selalu dilabel sebagai pemandu berhemah kerana biasanya tidak melanggar peraturan jalan raya dan bawa dengan sangat slow terutamanya apabila bergosip/bersembang dengan co-pilot.

10. Pinggan yang kotor yang tidak mahu dibasuh dalam tempoh kurang 2-3 jam mesti diletakkan di tepi sinki dan bukan di dalam sinki!

11. Biasanya tidak kisah makan makanan yang melepasi due date beberapa hari kecualilah jika makanan memang menunjukkan simptom yang tidak harus dimakan.

12. Makanan/minuman di dalam peti ais di rumah perlulah dibelek dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mulut bagi memastikan makanan atau minuman itu masih selamat untuk dimakan.

13. Tidak mengambil masa yang lama untuk mandi.

14. Mengambil masa yang lebih lama untuk makan terutamanya jika diajak bersembang sambil makan.

15. Sangat lapar ketika ini tapi semangat untuk menghabiskan entri ini. Sekian


One Response to “Day 1”

  1. Ikah says:

    waw..menarik..dpt tahu sedikit sbyk tntg amrisolarstreak..hik2..x sbr untuk day 2! TY!! =)

Leave a Reply

See also: