define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Bossy - Pagi Hari di Durham

Bossy

Tadi buat nasi goreng. Sedap, walaupun sedikit tak aci sebab guna perencah. Ada nasi lebih, Hasnol masukkan dalam tupperware. Kemudian aku cakap, ‘ha, jangan masukkan terus dalam peti ais’

‘Aku tahulah! Bossy!’ balas Hasnol. Aku ketawa.

‘I’m glad because I am considered inept in kitchen before,’ balas aku. Ketawa lagi.

Oh, jangan. Walaupun dapur aku tidaklah disusun dan dijaga dengan elok, habis Hasnol dan Hafidz kena ikut style aku. Misalnya bab pinggan mangkuk kotor. Adatlah duduk rumah share, so kadang-kadang kitorang basuh pinggan masing-masing ja. Jadi aku tak bagi diorang letak dalam sinki sebab nanti penuh, payah aku nak basuh benda lain. Kadang-kadang diorang letak atau terletak, aku angkat dan letak kat sebelah. Lepas tu bila penuh kat sebelah, diorang letak kat dalam sinki lagi, aku ambil lagi dan angkat dan susun kat sebelah seboleh mungkin. Janji sinki tu kosong walaupun kat sebelah tu penuh dengan pinggan periuk mug tak berbasuh.

On a different note, ini video waktu aku belajar kat Brunel dulu, baru reupload ke channel amrisvideovault

Tembamnya aku!

Ada juga video-video lama yang aku upload yang bila aku tengok aku sendiri bercakap, peluh di dahi. Haish, that’s how I speak? Sangat tidak matang (sambil terfikir gaya cakap sekarang matang kah?)

Tapi untuk membuktikan yang aku tidak begitu narcissistic, maka aku upload juga video lama termasuk yang nampak tembam dan tak shaved di atas. That was me… and inside, it is still me :)


Leave a Reply

See also: