Aku tidak faham

Anda tiba lagi dalam segmen Mari Meroyan diminati oleh Mahir dan Kak Dijah (keke)

Tajuk hari ini ialah ‘Aku tidak faham’

#1

Yang buat aku tulis tentang ini bukan kerana orang buat pada aku, tapi sekadar melihat pada apa yang berlaku baru-baru ini dalam kehidupan aku. Aku tidak faham kenapa orang macam tidak kisah hendak minta tolong sesuatu perkara. Terutamanya yang melibatkan masa dan duit. Kadang-kadang ada kawan A yang minta tolong kawan B untuk pergi ambil sesuatu misalnya, dan tak kisah pun kalau kawan B tu kena keluar duit ambil bas atau teksi. Takde reimbursement pula tu.

Aku… pernah sekali aku bergegas nak rakam video DUCK sebab terlewat dari Newcastle. Rasa bersalah sebab terlewat dah. Tapi nak cepat, jadi minta tolong Hafidz masukkan kamera siap-siap dalam beg. Kemudian aku tanya dia, ‘boleh tak hantar ke train station? You can say no, and I mean it’, sebab juga rasa bersalah nak suruh Hafidz jalan walau 5 minit sebab Hafidz takde kena mengena dengan aku yang cari fasal sendiri terlewat.

Mungkin juga dinamik persahabatan orang lain berlainan?

#2

Aku tidak faham dengan perhubungan sesama perempuan. Aku akui, entah ada charm apa entah, kebanyakan kawan-kawan perempuan aku senang percaya pada aku. Well… kawan lelaki pun sebenarnya. Maka sebenarnya kalau hendak diceritakan gosip orang ini dan orang itu diblog, boleh cukup stok lebih setahun. Keke. Tapi privacy lah kan.

Anyway, that’s not the point.

Yang peliknya, aku rasa sesetengah kawan-kawan perempuan aku, misalnya A, B dan C. Mereka berkawan baik antara satu sama lain dan juga bila aku melepak bersama, mereka get along very well.

Tetiba bila di balik tabir, A bagitahu dia tak percaya kat B. B bagitau dia tak percaya kat C. Aku macam …. eh, macam manalah diorang ni boleh hang out sesama sendiri padahal tak percaya antara satu sama lain?

Fikir kejap dinamik aku dan kawan-kawan lelaki aku. Hm… kalau aku tak rasa aku rapat (bukan tidak percaya, sekadar tidak rapat), maka aku tak ajak datang hang out. Senang kan. Tak yah drama kutuk-kutuk belakang-belakang.

#3

Aku tidak faham juga tentang orang yang suka share benda ni halal dan benda ni haram dalam internet tanpa sumber yang sah ataupun sekadar gambar yang orang share-share kat FB. Ada baru ini, adalah orang yang aku kenal gitu-gitu share dalam FB dia fasal beberapa restoran francais yang diragui kehalalannya.

Salah satunya ialah Kenny Rogers. Okay, maybe lah aku bias sebab aku dah biasa melantak (walaupun tak selalu dulu kat Malaysia sebab mahal sangat dan biasanya tak kenyang walaupun spend sampai RM20. Mahal la waktu tu sebab student). Dan hari tu waktu balik pun ada melantak jugak kat Putrajaya. So, confuse sekejap.

Katanya begini. Dia suruh check dalam Direktori Halal (kalau malas klik sini) dan memang betul, bila search ‘kenny rogers’ dalam direktori tu ada satu ja yang disahkan halal iaitu di Negeri Sembilan.

Okeh, aku ini mungkin bodoh sikit bab-bab agama ni, tapi dalam otak aku, kalau tidak disahkan halal, maksudnya ‘diragui halal dan perlu disahkan lagi’, bukanlah terus haram. Tapi inikan zaman google. Dan Kenny Rogers bukanlah syarikat bodoh-bodoh yang tak reti kepenggunaan di Malaysia. Maka aku masuklah Kenny Rogers Malaysia punya website. Check sini.

Rupanya Kenny Rogers kat Malaysia didaftarkan di bawah Berjaya Roasters dan enjin carian kat halal Jakim punya website hanya search nama company ja, tu sebab tak jumpa. Kalau cari Berjaya Roaster ada 104 kat situ.

Lepas tu… aku bagitahu mamat ini. Dia tak peduli nih fasal kenyataan dia salah tadi.

Aku tidak faham. Tadi ko semangat sangat kata benda tu tak halal. Lepas tu ko tunjukkan takdak dalam JAKIM punya website. Aku tunjukkan ada. Ko tak rasa bersalah pun?

Haish…

#

Itu saja untuk sesi meroyan kali ini. Kita jumpa lagi di masa yang berlainan. Babai.


5 Responses to “Aku tidak faham”

  1. mahir says:

    *sedang membaca sesambil tersenyum* heee

    Point no 2 sangat true tapi tgk keadaan lah.ada setgh org terpaksa berkawan sbb x ada choice then kutuk sesama sendiri dan sebaliknya. Just opinion no heart feeling

  2. Amri says:

    Yang motipnya, kesemua perempuan itu percaya lelaki yang sama? Kenapakah? Keke

  3. mahir says:

    Mebi lelaki itu emm errrr *gagal berpikir* haha :D

  4. Amri says:

    Ha…. kan??? Sila bincangkan dengan teman gosip anda di trip Langkawi. Sekian. Keke

  5. WaReMoN says:

    Aah, I loike that halal-thingy part

Leave a Reply

See also: