Aku tidak faham (Bahagian kedua)

Tiba-tiba ada siri baru dalam blog iaitu ‘aku tidak faham’ yang point out ironi kehidupan. Macam tu la kan description… Anyway, Aku tidak faham bahagian pertama ada di sini.

#4

Aku tidak faham kenapa orang suka buka konflik dalaman dengan orang tertentu buat tatapan umum. Misal mudah sesetengah rakan yang saja post dalam FB status jiwa kacau seperti ini:-

‘You freaking b******. You could just tell me that, but you didn’t!’

dan kemudian membuatkan orang tahu yang dia ada masalah dengan skandal.

Ataupun dalam sesetengah group FB, mula membincangkan tentang masalah dalaman antara individu yang mana ahli group FB lain tak terlibat. Walaupun mesej tersebut berbentuk teguran ataupun sindiran yang bertujuan untuk merubah manusia yang ditegur itu kepada yang lebih baik. Tapi aku tidak faham kenapa nak kena malukan dia sampai macam tu, tambah lagi depan orang tak terlibat macam aku yang jauh beribu batu yang sibuk bersantai di bawah cahaya purnama penuh di dalam bath-tub…. eh, tak! Yang sibuk writing depan komputer yang sekadar menoleh ke FB untuk sedikit lara yang indah, bukan berjemaah jiwa kacau dengan orang tak berkenaan.

Kalau ada masalah dengan orang tertentu, ko settle la dengan dia. Yang dok bising kat orang tak terlibat sampai orang lain merata alam pun tahu, apa kes?

#5

Aku tidak faham kenapa orang-orang kita selalu guna bahasa yang kurang ajar. Okay, ini takde kaitan dengan video Youtube aku punya komen.

Kadang-kadang termasuk jugalah blog-blog ini dan itu… ala… politik ka, artis ka..

Gerun pula rasanya bila baca komen-komen yang orang tinggalkan. Ada ayat maki. Ada perkataan yang biadap.

Come on lah. Bukankah orang belajar overseas seperti aku ni, bila dimasukkan dalam drama Melayu, biasanya dipaparkan sebagai watak yang tidak sihat, terlalu bebas dan bercampur gaul sesuka hati (bukan macam watak drama Melayu yang balik dari Mesir…. sob sob)?

Tapi aku yang belajar di negara macam ini pun boleh ngeri dengan ayat-ayat orang negara aku lahir dan membesar; tak ke macam something wrong tu? Bukan dulu waktu membesar orang cakap orang barat lagi open, orang barat takde budaya dan kesopanan? Apesal sekarang aku rasa macam terbalik pulak?

Aku tidak faham kenapa orang kita boleh guna ayat seperti ‘aku pukul kau nanti’ pada perempuan mudah-mudah (ini terbaca semalam kat wall sapa ntah). Kalau kat sini, ko dah boleh saman dah sebab ayat yang violence.

Hm….

Anyway… itu saja untuk bahagian kedua siri Aku Tidak Faham. Semoga memberikan inspirasi kepada Pingu Toha untuk memparodikan entri ini.

BTW, silalah masuk ke blog Halim (Pingu Toha) untuk menikmati kejian-kejian terhadap entri aku. Boleh laaa kan..


2 Responses to “Aku tidak faham (Bahagian kedua)”

  1. mahir says:

    Yg saya tak paham kenapa isteri org post gambar seksi kat fb serta post status agak luar biasa dan pengkomen adalah lelaki bujang. Oppss #truestory

  2. WaReMoN says:

    cabang blog ang ka?

Leave a Reply

See also: