define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Yang ke seribu - Pagi Hari di Durham

Yang ke seribu

Terperasan yang setelah masuk hari ketiga tahun 2012, masih belum update blog ini. Dan ternampak di Dashboard, yang rupanya sudah tulis 999 posts sejak blog Pagi Hari di Durham ini bermula. Makanya, post kali ini ialah post ke seribulah.

Tepuk pada diri sendiri kerana maintain menulis blog meskipun risau pada pandangan umum. Macam tu laa kan.

Ada satu ketika yang aku rasa risau hendak tulis di blog ini. Sebabnya orang yang tiba-tiba membaca mungkin terasa sesetengah ayat aku ini satu macam. Misalnya bila bab-bab perasan. Narcissistic aku ini, bak kata kawan aku. Mungkin juga aku punya Narcissistic Personality Disorder?

Oh, page wikipedia tersebut baru terjumpa sebab cari ejaan narcissistic kat google. Maklumlah, tak pernah guna perkataan itu sebelum ini.

Katanya, simptom orang yang ada NPD ini ialah

Symptoms of this disorder include, but are not limited to:

  • Reacts to criticism with anger, shame, or humiliation
  • May take advantage of others to reach his or her own goal
  • Tends to exaggerate their own importance, achievements, and talents
  • Imagines unrealistic fantasies of success, beauty, power, intelligence, or romance
  • Requires constant attention and positive reinforcement from others
  • Easily becomes jealous
  • Lacks empathy and disregards the feelings of others
  • Obsessed with oneself
  • Mainly pursues selfish goals
  • Trouble keeping healthy relationships
  • Is easily hurt and rejected
  • Sets unreal goals
  • Wants “the best” of everything
  • Appears as tough-minded or unemotional [3]

Okeh, versi terjemahan:-

*Apabila menerima kritikan, memberikan reaksi marah, malu atau terhina.
Ting, rasa malu. Yes
*Mengambil kesempatan di atas pihak lain untuk mencapai matlamat sendiri.
Ting, yes,yes,yes. Opportunist, bak kata orang.
*Punya kecenderungan untuk membesarkan kepentingan, kejayaan dan bakat sendiri.
Tottt. Tak kot.
* Membayangkan impian yang tidak realistik terhadap kejayaan, rupa, kuasa, kepandaian atau perihal romantik.
Ting. I have huge imagination. Keke.
*Sentiasa memerlukan perhatian dan sokongan moral daripada orang lain.
Erm… kadang-kadang
*Selalu berasa cemburu
Erm… jarang-jarang
*Kurang rasa empati dan tidak peduli akan perasaan orang lain.
Tottt. Empati sangat kuat sehingga tidak dapat dikawal.
*Obses terhadap diri sendiri.
Ting, agak laaa.
*Biasanya cuba untuk mencapai matlamat yang mementingkan diri sendiri.
Ting, harus..
*Bermasalah untuk berada dalam perhubungan yang sihat.
Ting, oops. No komen
*Mudah terluka dan terasa terbuang
Ting, keke.
*Meletakkan sasaran yang tidak rasional
Eh, bukan dah ada ke tadi. Tottt. Taklah.
*Mahukan yang terbaik daripada semua yang dihadapi.
Ting, of course!
*Berperawakan jitu atau tidak beremosi.
Tottt, sangat emosi okeh!

Mari kita kira

8/14.

Okaylah, tahap NPD yang tak berapa tinggi. Normal lah tu. Hehe.


2 Responses to “Yang ke seribu”

  1. Umar Kadir says:

    wah! boleh pulak! *1st time komen sini :D

Leave a Reply

See also: